ISU PENARIKAN BALIK DARJAH KEBESARAN KELANTAN

 

Terlalu murkanya raja Kelantan yang tidak bersekolah itu kepada dua orang Exco Kerajaan negeri. Gara-gara tidak mengikut kehendak dan telunjuk raja yang bebal dan tamak itu maka ditariknya pingat kebesaran yang telah dianugerahkan kepada dua orang  Exco Kanan Kerajaan Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Wilayah  Negeri Kelantan saudara Takiyuddin Hassan telah ditarik balik pingat Darjah Kebesaran Ahli Setia Kelantan (ASK)  , dan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan (SMK) dari Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah negeri Kelantan saudara Mohamed bin Daud.

Maka bertepuk tanganlah pemimpin UMNO Kelantan kerana telah berjaya menghasut dan memperbodohkan Sultan yang sememangnya bodoh itu. Memang pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh dan SUK Kelantan menghasut untuk merenggang dan mengeruhkan hubungan istana dengan pentadbiran PAS Kelantan. Mereka berusaha supaya pentadbiran Kelantan tidak berjalan dengan licin akibat dari renggangnya hubungan istana dengan kerajaan negeri. Semua rakyat Kelantan telah cukup maklum akan hal ini. Tindakan kebudak-budakan Sultan ini bukanlah kali pertama yang dilakukannya, tetapi sebelum ini pun pernah juga berlaku. Rakyat Kelantan memang telah lama tahu yang Sultan Kelantan memang bodoh dan lembab serta senang termakan hasutan, Raja Perempuan pula berperangai tamak dan suka mengambil kesempatan mencari kekayaan mudah. Mereka berdua ini sama-sama besar kepala dan pantang dibantah. Mereka sangka rakyat Kelantan masih di belakang mereka seperti mana semasa istana berkrisis dengan kerajaan UMNO Kelantan satu ketika dahulu. Rakyat Kelantan tidak buta wahai raja!! Rakyat Kelantan tidak bodoh seperti rajanya!. Kini bukannya zaman feudal yang raja boleh buat apa saja!!

Pingat yang dianugerahkan Sultan tidak ada apa nilainya. Bahkan Sultan sendiri pun tidak ada apa nilainya di zaman celik IT ini. Tidak ada keperluannya bagi rakyat dan negara kepada mereka. Mereka hanya tahu menghabiskan boreh dan kantung kerajaan membayar elaun aje!. Apakah kerja mereka selain dari menghadiri Majlis Resmi? Menjadi Ketua Agama Negeri tetapi jangankan membaca khutbah menjadi Imam sembahyang pun mereka tak reti. Setengahnya pula bergelumang dengan maksiat.

Khabarnya yang menjadikan Sultan ini marah adalah kerana dua orang exco ini membantah dan menyekat ketamakan Sultan yang mahukan tanah balak di Ulu Kelantan yang dipohon di bawah "Sultanate Land" maka pingat dua orang exco ini ditarik balik. Syabas Y.B. berdua kerana mempertahankan hak rakyat. Inilah dia pemimpin yang amanah dan tegas. Pemimpin beginilah yang kami mahukan. Kebetulan Y.B. Takiyuddin Hassan adalah Wakil Rakyat DUN tempat saya, jadi tidak sia-sialah saya dan isteri saya memangkah beliau pada pemilu dahulu.

Kepada Y.A.B. Tuan Guru, saya rasa dan saya yakin rakyat Kelantan mahukan perubahan di dalam pentadbiran negeri dengan membuat pindaan terhadap Perlembagaan Negeri Kelantan. Kuasa dan campur tangan Sultan di dalam pentadbiran perlu disekat sebelum menjadi parah. Saya yakin rakyat Kelantan akan berada di belakang Kerajaan PAS Kelantan. Inilah masa yang amat sesuai untuk membuat pindaan itu kerana ketika ini keahlian PAS di Dewan Undangan Negeri melebihi 2/3. Sebelum Kerajaan Kelantan ditimpa masalah yang lebih besar adalah lebih baik dicantas saja tunas yang akan mendatangkan masalah itu!

Y.A.B. Tuan Guru sedia maklum bukannya sekali ini Sultan mendatangkan masalah, bahkan sudah banyak kali. Kami rakyat marhaen tahu. Tanah Majlis Agama dijadikan tanah raja. Bangunan Kota Mutiara yang belum siap disuruh beri kebenaran Billion Supermarket untuk beroperasi. Kedai orang Melayu di Taman Sekebun Bunga dirobohkan dan didirikan Hotel Diamond Putri. Bukankah yang buruk di mata rakyat adalah Kerajaan Kelantan?  Air Kelantan Water berkarat dan tidak efisyen juga Kerajaan Kelantan yang menerima kecaman, sedangkan siapakah sebenarnya yang membawa masuk Mat Saleh British itu dulu?.

Kalau Y.A.B. Tuan Guru boleh bersabar tetapi mungkin rakyat Kelantan tidak boleh bersabar seperti Tuan Guru kerana bukan semua rakyat Kelantan mempunyai sifat zuhud dan taqwa sebagaimana Tuan Guru. Raja yang berkelakuan buruk perlu disekat.

 
Sekian, wassalam.

Kakitangan kerajaan.

26 Jan. 2001