Make your own free website on Tripod.com
 
PUSAT PAJAK GADAI ISLAM SETIAP DAERAH



Kuala Terengganu ---   Kerajaan Negeri dibawah pimpinan PAS  merancang akan membina pusat 
pajak gadai Islam bagi setiap Daerah.Langkah ini merupakan sebahagian dari usaha menghindarkan rakyat dari terlibat dengan sisitem riba yang diamalkan oleh pengusaha pajak gadai yang telah sedia ada.
Perkara ini dinyatakan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syariad dan pendidikan,
YB Ustaz Harun Bin Taib didalam satu majlis Dailog bersama rakyat di Dewan utama YPK baru-baru ini.Beliau menambah ini adalah sebahagian langkah yang diambil oleh kerajaan didalam memastikan rakyat negeri yang miskin dapat menghindarkan diri  terlibat dengan sitem riba.
 Selain dari pusat yang sedia ada di Bandar Kuala Terengganu,Pada permulaan ini kerajaan
akan menyegerakan penubuhannya di daerah Kemaman dan Besut.Kajian terperinci sedang giat 
dijalankan bagi kedua-dua daerah tersebut.