ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

 
 

Perdana Menteri Yang Menabur Fitnah Perkauman
(MGG: Does the Prime Minister Sow Racial Discord?)
 

Sikap yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri seandainya dilakukan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim ataupun individu lain, orang itu sudah tentu didakwa di mahkamah atas tuduhan menghasut dan tuduhan yang lebih keras lagi. Pada 11 Disember, 0000 Perdana Menteri menyebutnya lagi di Parlimen. Dia berkata kalau kerajaan menerima tuntutan Suqui ia bererti hak keistimewaan orang Melayu terpaksa dihapuskan. Suqui yang merupakan pertubuhan induk kepada 2,000 persatuan Cina dituduhnya semaam komunis dan tidak mempunyai kesetiaan terhadap negara. Dia membayangkan betapa perpaduan negara itu akan tergendala seandainya ada kumpulan bukan Melayu membuat tuntutan terhadap hak budaya dan berpolitik. Dia menggalakkan ini dengan menidakkan perbincangan secara terbuka ke atas isu yang berbangkit. Reaksi UMNO terhadap perkara ini bukannya berbentuk perbincangan tetapi dengan menggalakkan pergerakan pemudanya melakukan satu tunjuk perasaan terhadap Suqui.
 
 

Mahathir cuba membuat perbezaan di antara Suqui dan masyarakat Cina. Beliau membayangkan betapa Suqui tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakt Cina keseluruhannya seolah-olah mengikuti sikap yang diamalkan oleh UMNO dan masyarakat Melayu.
 
 

Bayangannya itu memang tidak benar. Kementerian Dalam Neeri telwh memberi amaran kepada akhbar Cina terhadap lapuran menyeluruh mengenai hal itu dan menuduh mereka mencetuskan suasana tidak selesa terhadap kerajaan sehingga menaikkan pula kemarahan kerajaan disebabkan pendapatnya yang tercabar. Dalam mengungkit kesetiaan masyarakt Malaysia itu, yang dimaksudkan ialah kesetian MCA dan Gerakan Rakyat Malaysia, yang merupakan dua parti komponen Cina dalam Barisan Nasional yang berpusat di Semenanjung Tanah Melayu.
 
 

Perdana menteri berkata bahawa dia tidak membenarkan pemuda UMNO dan kumpulan Melayu melakukan tunjuk perasaan. "Mereka telah diberitahau biarlah saya sahaja yang menangani perkara ini," jelas beliau lagi. Tetapi dia tidak pun melakukannya. Sebaliknya beliaulah yang menjerit-jerit mahukan perkara ini ditangani sambil melontarkan fitnah dan seranah di pejabatnya di Putrajaya. Kumpulan Suqui tidak pun menuntut agar keistimewaan hak Melayu itu dimansuhkan. Tetapi, itulah yang sepatutnya kalau dibaca tuntutan mereka itu, kata Perdana Menteri. Dia menjadi takut kalau Suqui diberikan muka, orang Melayu akan terus ketinggalan. Jurang pemisah di antara orang Melayu dan bukan Melayu akan semakin sempit, dan perkara ini mengikutnya adalah sesuatu yang tidak baik.
 

Dengan lain perkataan, beliau sengaja mahu berbohong lagi kepada orang Melayu. Dia menungkit balik hikayat lama yang bermula ketika kemerdekaan dicapai pada 1957. Kertika itu, mengikut beliau, orang bukan Melayu merelakan orang Melayu menjadi tuan mereka. Beberapa undang-undang yang diluluskan selepas itu, terutama sekali selepas 13 Mei 1969, telah memperakukan semua itu dan inilah sesuatu yang tidak boleh diungkit kembali oleh orang bukan Melayu. Fenomena sebelah pihak ini tidak boleh berpanjangan.
 

Perdana Menteri tidak berap gemar dengan meritokrai, sedangkan rakyat Malaysia menerimanya sebagai satu alat membolehkan orang Melayu memasukki arus perdana. Kuota untuk orang melayu di setiap tahap kehidupan itu memang mudah diterima, tetapi tidaklah sampai ia digunakan di setiap tahap kenaikan pangkat seseorang Melayu itu. Kaum Melayu semacam dikehendakki menerima hakikat adanya satu had dan batas dalam kenaikan pangkatnya. Ia semacam adanya satu bentuk aparteid dalam perkara ini. Namun, hakikat ini diterima juga sebagai satu kemestian untuk menyatupadukan Malaysia.
 

Kalau keadaan ini berterusan, perbalahan kaum dan perpecahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Golongan muda Cina yang lahir selepas kemerdekaan akan memberontak seperti yag dilakukan oleh kumpulan kulit hitam di Afrika Selatan dan juga di Amerika Syarikat, apabila menyedari status budaya mereka yang diperlekehkan. Inilah sebabnya pendidik cina dan suqui menolak konsep Sekolah Wawasan, tetapi perkara ini belum diselesaikan lagi. Tetapi, kalau cadangan mereka itu mengandungi usul pembukaan UiTM, yang dulunya dinamakan Mara Institute of Technology, kepada kemasukan pelajar bukan Melayu dan mengenai kemudahan memberi lebih peluang kepada bukan Melayu belajar di univesiti tempatan, penentangan yang timbul mungkin tidak berapa kera. UiTm ialah sebuah universiti untuk orang melayu di mana adalah sedikit pelajar bukan bumiputra dibenarkan di situ. Adakah patut diadakan sebuah universiti khas untuk hanya satu kaum sahaja?
 
 

Persoalan samada Malaysia sebuah negara yang multikaum dan berpelbagai, bergantung bukannya kepada orang bukan Melayu. Jawapannya terletak kepada orang Melayu kerana mereka yang memegang kuasa. Kalau mereka mengangap setiap suara meminta kesaksamaan dan keadilan sebagai berunsur hasutan dan penderhakaan, bererti Malaysia akan menghadapi masa depannya yang kelam. Dasar Ekonomi Baru telah diwujudkan untuk merapatkan jurang perbezaan di antara orang melayu dan bukan Melayu. Tetapi dalam dasar itu telah disumbat unsur ketuanan Melayu. Beberapa parti bukan Melayu yang menganggotai kerajaan Perikatan telah angkat tangan selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969, tetapi kerana kekalutan sanggup membiarkan sahaja UMNO naik semula untuk menerajui kepimpinan. Dominasi Melayu akan terus bertapak kuat selagi orang Melayu menyokong UMNO dengan kuatnya dan orang Cina terus berada menyokong usaha itu.
 
 

Kini, sokongan orang Cina semakin dicurigai. Kerana itu Pordana Menteri mencetuskan semangat chauvanisme agar orang Melayu terus bersama UMNO dan menyokong beliau agar terus berkuasa. Memang tidak ada sesiapa yang berani menyanggahnya dalam kerajaan. Sanggahan seperti ini bukan disebabkan mereka takut tetapi kerana mereka masih mampu menyorokkan kemarahan terhadap satu penamatan yang sudah semakin ketara. Inilah sebabnya Perdana Menteri terlalu kerap mengeluarkan kenyataan yang berbentuk perkauman. Sedangkan hanya segelintir insan dalam UMNO yang masih menganggap kata-kata itu sebagai sesuatu yang mempunyai maknanya lagi.
 
 

-MGG Pillai-