Make your own free website on Tripod.com
 
 
 

P/RAYA KECIL SANGGANG 1 APRIL 
   
 KUALA LUMPUR, 8 Mac  -- Suruhanjaya
 Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 1 April
 sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil
 dewan undangan negeri Pahang, kawasan Sanggang. 

 Penamaan calon ialah pada 21 Mac, kata Pengerusi
 SPR Datuk Omar Mohd Hashim dalam satu kenyataan
 di sini. 

 Beliau berkata tarikh-tarikh tersebut ditetapkan pada
 mesyuarat SPR hari ini berikutan kekosongan bagi
 kerusi itu selepas kematian wakil rakyatnya Datuk
 Abdullah Kia pada 26 Feb. 

 Bagi tujuan pilihan raya kecil ini, SPR menetapkan
 untuk menggunakan daftar pemilih 1999 yang
 disahkan pada 24 Feb lepas, kata Omar. 

 Daftar pemilih ini mengandungi sebanyak 15,276
 pengundi terdiri daripada 15,177 pengundi biasa dan
 99 pengundi melalui pos. 

 Beliau berkata suruhanjaya itu telah dimaklumi
 secara rasmi tentang kekosongan kerusi itu oleh
 Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang pada 28
 Feb. 

 Writ pilihan raya kecil itu akan dikeluarkan pada 14
 Mac, diikuti dengan pengeluaran notis pada keesokan
 harinya, katanya. 

 Omar menyeru semua pihak terutama parti politik,
 petugas parti dan individu yang terlibat supaya
 mematuhi undang-undang pilihan raya serta
 tatasusila berkempen yang telah ditetapkan. 

 "Kepada pihak media, SPR menyeru supaya memberi
 liputan yang saksama kepada semua pihak yang
 bertanding. 

 "Kejayaan sesuatu pilihan raya adalah bergantung
 kepada kerjasama dan sikap disiplin oleh semua
 pihak," katanya. 

 Pilihan raya kecil ini merupakan yang pertama
 selepas pilihan raya umum ke-10 pada 29 Nov lepas.
 Kerusi Sanggang terletak dalam kawasan parlimen
 Mentakab