Make your own free website on Tripod.com
 
 
NIK AZIZ DAN HADI BANTU KEMPEN PILIHAN RAYA KECIL DUN SANGGANG 


 
   
 KUALA TERENGGANU, 7 Mac --- -- Menteri
 Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan
 Menteri Besar Terengganu Haji Abdul Hadi Awang
 akan ke Sanggang, Pahang untuk membantu kempen
 pembangkang bagi pilihan raya kecil Dewan
 Undangan Negeri itu. 

 Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata
 penyertaan beliau dan Abdul Hadi itu nanti adalah
 untuk memastikan calon pembangkang boleh
 merampas kerusi DUN itu. 

 Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan
 kematian wakil rakyatnya Datuk Abdullah Kia pada
 26 Feb. Pada pilihan raya umum November lepas
 Allahyarham mengalahkan calon PAS, Abdul Rahim
 Abdul Latiff dengan majoriti 1,038 undi. 

 Beliau dan Hadi akan turun berkempen sebaik
 mengetahui tarikh pilihan raya itu nanti, katanya
 kepada pemberita di Bilik Gerakan di Wisma Darul
 Iman di sini hari ini. 

 Abdul Hadi yang juga Timbalan Presiden PAS turut
 hadir. 

 Nik Abdul Aziz yakin pembangkang akan memenangi
 kerusi DUN berkenaan jika mendapat tambahan undi
 daripada masyarakat bukan Melayu. --