Make your own free website on Tripod.com
 
TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"
tinta_hijau@hotmail.com

PENGUATKUASAAN PERLU PROAKTIF

Assalamaualiakum,

Saya adalah sebahagian kecil dari pengundi PAS,paling tidak saya juga memberi saham satu undi untuk kemenangan PAS
di DUN Bandar khusunya dan Terengganu Amnya.Atas rasa tanggujawab tersebut maka saya merasakan sedikit tanggujawab
terhadap beberapa perkara yang dapat saya perhatikan sepanjang saya hari saya berada disekitar bandar Kuala Terengganu.
Saya merasakan walaupun beberapa peraturan telah ditetapkan namum peringkat pelaksanaan dan penguatkuasaan tersangat lembab.
Mungkin ianya merupakan sesuatu yang baru maka cara dan kaedah bertindak terlalu asing bagi penguatkuasaan
terutama yang melibatkan MPKT serta Penguatkuasaan Jabatan Agama.Selama ini mungkin mereka hanya didedahkan dengan pencerobohan tanah haram,salah parking,berniaga tanpa permit dan sebagainya.
Namum sekarang beberapa perkara baru perlu dan amat sangat diberi perhatian :-

1.Jualan Arak yang tidak mengikut peraturan.
2.Masih ada lelaki yang memasuki Kedai gunting Wanita.
3.Kegiatan judi gelap.....sekitar komplek kampung Tiong.
4.Kegiatan kelakuan tidak senonoh di Jalan Banggol(pondan)
5.Kegiatan sumbang di Pantai Batu Burok,Taman selera Tanjung,Lagun Kuala Ibai dll.
6.Kegitan tidak bermoral di Plaza Perdana diwaktu malam.Terutama didalam didalam mini Pawagam.

Saya merasakan kita terlalu lambat bertindak,kalau kita kurang tenaga ,kenapa kita tidak buat kerahan tenaga
kepada JSR yang telah di tubuh.
Mereka ini boleh bertugas secara sukarela atau kerajaan membuat sedikit peruntukan untuk membayar elaun mereka
bertugas.Kita tidak mahu hanya melaungkan slogan serta polisi namum kita tidak mampu melaksanakanya.Rata-rata
rakyat menunggu perubahan ini .Barang dingat bahawa rakyat yang mengundi PAS adalah mereka-mereka yag ingin
memastikan perkara-perkara diatas tidak ada di Di Bandar Kuala Terengganu.Mereka bosan dengan suasana tersebut.
Jadi mereka mengharapkan sungguh-sungguh agar perkara ini terhapus dari Bumi Darul Iman ini amnya.
 
 

Ab Halim Tan Abdullah @Tan ah Sin
Kuala Terengganu.