Make your own free website on Tripod.com
 
ROYALTI  :  KAMI BERSAMA TOK GURU

Tembelang Jahat Petronas Pecah di Songkhla
By Kapal Berita
26/10/2000 am

Penulis Asal: Radi Usil (roshdyi@hotmail.com)?
 

Tembelang jahat Petronas pecah di Songkhla
 

Beribu-ribu penduduk wilayah Songkhla, selatan Thailand, Sabtu 21 Oktober lalu mengadakan tunjuk perasaan untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pembinaan lasuran gas Petronas melalui wilayah yang bersempadan dengan negeri-negeri di utara Malaysia itu. Pelaksanaan projek yang akan menelan biaya USD 1 billion itu dianggap sebagai keputusan yang tergesa-gesa tanpa mengambil kira kepentingan alam sekitar, kehidupan para nelatan dan petani. Pada hari itu pihak kerajaan mengadakan 'Pracha Ficharn' atau perbincangan massa di lapangan terbuka berhubung dengan pembinaan saluran gas tersebut. Perbincangan itu sekadar basa-basi atau sandiwara belaka, sebab projek yang menguntungkan Malaysia itu sudah disetujui dan ditandatangani oleh kedua belah pihak.
 
 

Penduduk yang tidak puas hati mendatangi tempat perhimpunan itu dengan maksud untuk menghentikan perbincangan yang merugikan penduduk dan alam sekitar. Maka terjadilah pertempuran yang menyebabkan lebih tiga puluh orang dari kedua belah pihak mengalami kecederaan. Sebahagian besar yang melakukan protes adalah umat Islam, yang umumnya tinggal di kawasan pesisir bahagian selatan Thailand itu.
 

Dengan kejadian itu maka terbongkarlah rahsia kejahatan Mahathir dan kerajaan Barisan Nasional, yang berusaha mengeluarkan gas di lepas pantai Kelantan dengan membina saluran paip melalui Songkhla berpuluh-puluh kilometer untuk dibawa masuk ke negeri Kedah. Kerajaan BN berbuat demikian untuk mengelak daripada kewajipan membayar royalti kepada negeri Kelantan, sekiranya saluran gas itu disambung ke Kelantan. Gara-gara untuk mengelak pembayaran royalti kepada bangsanya sendiri, Mahathir tidak mengambil kira keselamatan saluran gas tersebut seandainya terjadi peperangan atau krisis politik di antara Malaysia dengan Thailand.
 
 

Itulah perut busuk Mahathir. Jadi kita tidak hairan sekiranya mereka sanggup memotong royalti minyak untuk negeri Trengganu, kerana puak-puak penjahat dalam kerajaan BN sedikit pun tidak berniat untuk membela nasib bangsanya sendiri. Mereka lebih rela menyambung saluran gas berpuluh-puluh kilometer melalui Songkhla, semata-mata untuk mengelak membayar royalti kepada Kelantan.
 

Inilah tindakan bodoh. Dalam keadaan ekonomi negara kita sedang tenat seperti sekarang ini, bagaimana sekiranya rakyat di Songkhla tetap membantah dan rancangan pembinaan saluran gas tidak dapat diteruskan. Bukankah itu suatu pembaziran? Saya tidak tahu apakah projek itu diluluskan dengan mudah oleh kerajaan Chuan Leekpai semata-mata sebagai pertukaran dengan penangkapan dan pengusiran para pejuang Patani di Malaysia oleh kerajaan Mahathir beberapa waktu lalu. Bagi Mahathir dan BN nampak jelas di sini bahawa tujuan menghalalkan semua cara. Untuk melaksanakan projek saluran gas itu, mereka sanggup membunuh, menangkap dan mengusir sesama Islam yang berasal dari Patani.
 
 

Untuk menutupi kejahatan itu, Mahathir berpura-pura mau berbaik-baik dengan umat Islam di Patani dengan cara mengundang mereka ke Kuala Lumpur sempena Maulidur Rasul baru-baru ini. Hamid Othman pula disuruh ke Narathiwat untuk meninjau rancangan bantuan untuk membela kompleks belia di negeri jiran itu. Malaysia sanggup untuk menderma 22 juta ringgit kepada Majlis Agama Islam Narathiwat bagi melaksanakan projek tersebut. Itu semua tidak lebih daripada untuk menipu dengan maksud untuk merampas kekayaan bumi Patani.
 

Sekarang ini kejahatan itu sudah terbongkar. Wahai saudaraku di Malaysia dan di Patani, marilah sama-sama kita berusaha supaya projek saluran gas melalui Songkhla ke Kedah tersebut gagal dilaksanakan.
 

Mengingat sumber gas itu berada dekat dengan Kelantan, kenapakah saluran gas tersebut tidak dibuat untuk mendarat di Kelantan? Hentikan perompakan hak rakyat dengan mengatasnamakan negara ini.
 

Selamat berjuang!! Allahu Akbar!!!