Make your own free website on Tripod.com
 



PERHIMPUNAN TAK MELAYU HILANG DI DUNIA

Para Pejuang Reformasi dan Pendokong BA perlu berhati-hati serta bersedia.

Mengikut maklumat dalaman dari bilik gerakan UMNO@BN serta BBM …. Kita telah
dapat mengenal pasti beberapa tindakan susulan akan dilakukan oleh mereka
dalam usaha memerangkap para REFORMIS serta Tokoh BA.

1. Mereka amat berharap perhimpunan ini akan disertai oleh para REFORMIS dan
pendokong BA.

2. Mereka juga amat berharap para REFORMIS akan menganjurkan SATU
PERHIMPUNAN YANG LAIN pada hari yang sama dan ini adalah peluang PIHAK POLIS
mengambil tindakan terhadap tokoh-tokoh REFORMASI serta BA .. dengan alasan
ia perhimpunan haram serta menganggu ketenteraman awam dan menimbulkan
perbalahan kaum.

3. Pihak jawatankuasa BBM akan terus mencanangkan bahawa Perhimpunan Ini
Bukan Perhimpunan Politik dan Perkauman .. dan diwaktu yang sama juga … unit
gerak gempur mereka digembelingkan untuk menimbulkan kerisauan di kalangan
orang melayu serta lain-lain kaum.

4. Isu Perhimpunan ini sengaja disensasikan oleh pihak media serta pihak
BBM… dengan ini mereka amat berharap isu ini menjadi topik utama perbualan
orang ramai …dan mereka akan menyusup untuk mencatitkan statistik serta
laporan orang ramai mengenai perhimpunan ini dan sokongan terhadap UMNO@BN
…. Diwaktu yang sama juga pihak POLIS diarah membuat intipan terhadap orang
awam dan pemimpin BA .. jika terdapat kenyataan yang membolehkan mereka
mengambil tindakan .. inilah peluang yang mereka tunggu…???

5. Mahathir@Mahafiraun telah mengarahkan para menteri dan MPT nya agar tidak
mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perhimpunan 4/2/2001 ini dan beliau
sendiri mengambil sikap tidak tahu dalam hal ini … dan Ibrahim Ali sebagai
pengerak utama akan terus menerima arahan darinya.

6. Pihak Polis telah diarah bertugas sepenuh masa bermula dari 3hb.Feb.2001
sehingga 5hb.Feb.2001 untuk memastikan Perhimpunan ini berjaya serta UMNO@BN
akan mendapat faedah dari perhimpunan ini dan pihak BA akan dipersalahkan
jika sesuatu yang buruk berlaku.

7. Beberapa orang upahan yang berimej REFORMIS dan BA akan dikerah menganggu
Perhimpunan ini dalam usaha mereka menimbulkan ketegangan semasa.

8. Dalang utama Perhimpunan ini amat berharap ketegangan kaum akan berlaku
akibat Perhimpunan ini .. kerana dengan menjadikan perbalahan kaum sebagai
modal menarik orang Melayu kembali bersatu bawah UMNO@BN .. dan pihak mereka
juga amat berharap kaum Cina (terutamanya) dan lain kaum akan menjadi takut
serta tidak yakin dengan kepimpinan  BA kerana gagal melindungi mereka dari
perbalahan kaum yang dirancang ini .. dan diwaktu inilah BARISAN NASIONAL
akan muncul sebagai hero penyelamat lain-lain kaum di Malaysia.

9. Pihak POLIS tidak akan teragak-agak mengunakan akta zalim ISA dalam isu
ini …. Walaupun mereka berlakon menangkap Ibrahim Ali dan rakan-rakanya ..
tetapi tujuan utama mereka adalah menahan Pemimpin BA serta Tokoh REFORMASI
….jika usaha ini berjaya … BA dan Gerakan Reformasi akan dapat dikawal serta
diatasi….sekurang-kurangya sehingga 2004. Sebagaimana yang dilaporkan oleh
KPN - NORIAN MAI dalam mesyuaratnya di Bukit Aman dan pertemuanya dengan
Mahathir@Mahafiraun.

10. Jabatan Polis sendiri telah merasa jemu dan jelak untuk berhadapan
dengan gerakan reformasi serta gerakan politik tanpa surut oleh BA … dan
mereka terus tertekan sehinggakan anggota polis terpaksa menghabiskan masa
bertugas lebih dari 70% dalam urusan politik Malaysia. Oleh itu satu usaha
mesti lakukan untuk menamatkan gerakan ini dalam tempoh terdekat.

Adalah dinasihatkan semua pejuang REFORMASI dan pendokong BA agar tidak
terlibat secara lansung atau tidak lansung dengan Perhimpunan ini ….. dan
dilarang keras mengadakan sebarang PERHIMPUNAN REFORMASI PADA 4/2/2001 DI
KUALA LUMPUR … kerana perangkap telah dipasang oleh pihak UMNO@BN serta BBM
jika kita terus mengadakan PERHIMPUNAN REFORMASI pada hari tersebut.

Pihak UMNO@BN dan BBM memang mahukan kita semua menganjurkan SATU
PERHIMPUNAN REFORMASI DI KUALA LUMPUR, dengan ini mereka berpeluang
meletakkan kesalahan serta kekecohan akibat dari PROVOKASI TAK MELAYU HILANG
DI DUNIA INI kepada REFORMIS dan BA.

Cuba elakan berbincang ditempat terbuka atau dalam kawasan pejabat Parti BA
mengenai isu perhimpunan ini .. kerana kita tidak tahu siapa yang ada
disebelah kita dan mereka sentiasa mengekori orang-orang disyaki serta
berpotensi untuk ditahan sebagai kambing hitam UMNO@BN.

Kerjasama dari semua pejuang REFORMASI dan PENDOKONG BA amat diperlukan
untuk memastikan kita semua selamat dari permainan kotor UMNO@BN serta BBM
ini.

" PSARAFHQ "
2HB.FEB.2001
- tunggu maklumat selanjutnya.