Make your own free website on Tripod.com
 
ROYALTI ; KAMI BERSAMA TOK GURU

Mesti Baca: Rafidah: 'Ezam Patut DiHukum Pancung'..!!? (?..???)
By Amin Sapiro
1/11/2000 am

[Dalam Rencana ini Wak membongkar rahsia sebenar mengapakah Ezam dikutuk oleh beberapa kerat pemimpin umno. FDI yang merosot menghantui kredibiliti ketua Wanita umno - oleh itu Rafidah mengkambing-hitamkan Ezam pula. Sambil-sambil itu Rafidah mengutuk Mahathir kerana berpeluk dengan Castro - malangnya ia didengar oleh Mahathir. Maka Mahathir "menjawab" Rafidah dengan tertubuhnya Puteri Umno.
 
 

Tulisan Wak ini amat berharga, oleh itu ia MESTI DIBACA dan MESTI DISEBAR juga. Apabila ekonomi purak puranda, umno sendiri akan bergolak dan ini terserlah dengan latahnya mereka. - Editor ]
 
 

--ooOoo--
 

Amin Sapiro (cuma ada parang kontot utk Nenek Kebayan UMNO)
 

RAFIDAH: ?EZAM PATUT DIHUKUM PANCUNG?.!!? (?..???)
 
 

MEMBACA kenyataan Rafidah Aziz [Ketua ?betina UMNO? paling kaya dari sumber wang rasuah saham bumiputera] yang telah menjatuhkan hukum ?pancung? terhadap Ezam; ramai kaum wanita bertanya, ?Apa kesalahan Ezam??.
 
 

Rafidah Umpama ?Nenek Kebayan UMNO?
 

Seorang wakil Wanita UMNO di Selangor menjawab (melalui email E-Group), "Kerana Ezam memecahkan rahsia kebusukan Mahathir saja. Tidakkah kalau Mahathir jatuh terlongkop, Rafidah sendiri akan masuk ?kandang jarang?" Rafidah dianggap setaraf ?nenek kebayan? oleh Mahathir..?. Mereka ramai-ramai ketawa!
 

Maksud kandang jarang disini ialah penjara yang berpintu seperti ?grill? rumah moden dibandar-bandar besar seperti Johor Bahru, KL, P. Pinang, dll.
 
 

Teringat kita filem ?ALCATRAS?, bagaimana seorang pesalah yang dipenjarakan telah cuba melepaskan diri melalui saluran najis menuju ke laut. Walaupun terselamat, tetapi tak sampai 100 ela berenang ke tengah laut, jerung telah membaham beliau.
 
 

Satu ketika dulu, Rafidah Aziz adalah wanita paling kanan yang diharapkan Dr. Mahathir untuk menjana sokongan dikalangan wanita Melayu bagi menggembeling perjuangan UMNO Baru(a). Malangnya, sedikit masa kebelakangan ini, Wanita UMNO sendiri sudah menunjukkan bahawa pengaruh Rafidah sudah jauh berkurangan.
 

Perincian Kewibawaan Rafidah Yang ?Terpuruk?
 

Dr. Mahathir telah memerhatikan, kemenangan Rafidah yang cuma 12 undi mengalahkan Siti Zaharah adalah satu kemenangan paling hina. Mahathir tahu, kemenangan Rafidah itu adalah hasil manipulasi ?peti undi?. Rafidah menggunakan rasuah hampir RM1.0 juta untuk merasuah beberapa perwakilan Wanita UMNO yang tidak mahu menyokongnya.
 

Bagi Rafidah, mengalah Siti Zaharah di pemilihan Wanita UMNO di perhimpunan dulu adalah pertarungan yang menentukan nasib politiknya. Kerana itu, nilai sejuta RM tidak ada makna. Beliau telah berpakat supaya wang sejumlah itu diedarkan kepada mereka yang menyokong Zaharah. Fikirkanlah, RM1.0 juta cuma mampu mengalahkan Siti Zaharah dengan 12 undi saja.
 
 

Berbanding Kak Siti, ia tidak ada sebarang ?fulus? dan janji manis dan sokongan ?bontang? Dr. Mahathir. Tidakkah itu bermakna, Wanita UMNO begitu parah sekarang? Kerana itulah, Dr. Mahathir sendiri tidak memberi perhatian kepada kewibawaan Rafidah sebagai ketua Wanita UMNO.
 

Sebagai pilihan alternatif, kabarnya Dr. Mahathir telah mengalih perhatian untuk melonjak nama-nama baru yang lebih radikal seperti Azalina Osman. Maka dibentuklah ?Puteri UMNO? sebagai strategi awal untuk meletakkan calun baru bakal ?memperlekeh? kewibawaan Rafidah.
 

Rafidah Adalah Mangsa Politik Mahathir
 

Dr. Mahathir memang bijak dalam taktik menumbang sesiapa dalam UMNO. Daim sendiri mempunyai sejumlah wang yang sangat besar untuk digunakan menghancurkan poltik sesiapa juga yang menentang regu Mahathir-Daim dalam UMNO.
 
 

Beberapa orang dalam MKT yang disebut ?Kumpulan 15? telah diletakkan dalam ?senarai hitam? Mahathir-Daim. Rafidah adalah pendatang baru yang dikira sebagai seorang harus dibuang dan digantikan dalam jangka masa terdekat.
 
 

Khabar terbaru, Rafidah telah disindir oleh Mahathir-Daim kerana GAGAL meraih pelabur asing datang ke Malaysia. Dalam ucapan Belanjawan 2001 Jumaat lalu, terang-terang Daim menjelaskan bahawa FDI menurun begitu ?drastik? sekali. Ini mencerminkan bahawa Rafidah sudah tidak dapat meningkatkan imej regim Mahathir di Amerika Syarikat dan Eropah Barat.
 

Rafidah telah mencari sebab-musabab kegagalan ?Misi Pelaburan? (Investment Missions) terbarunya ke luar negara. Maka diketahuilah dengan sah bahawa penerangan Ezam mengenai Malaysia lebih didengari dan dipercayai oleh pelabur di sana.
 
 

Ezam Membersihkan Nama Malaysia
 

Ezam tidak dapat membohongi bakal pelabur yang berminat melabur di tengara Asia, kerana mereka lebih jelas dengan kedudukan sebenar yang berlaku, bukan saja di Malaysia malah diseluruh Asia Timur. ?Attache Perdagagan? negara Barat di kedutaan mereka di Kuala Lumpur memperincikan tindak-tanduk politik dan ekonomi regim Mahathir selama tempoh 5 tahun kebekangan ini. Semua ucapan Mahathir diteliti, dikaji dan dinilai dengan halus oleh pekar-pakar bisnis Amerika Syarikat dan Eropah Barat (termasuk Jepun).
 
 

Dalam perhimpunan ?G-7?, negara-negara maju berbincang hangat mengenai ?demokrasi?, hak asasi manusia, kebebasan undang-undang, kebebasan akhbar dan suara rakyat, serta tindakan pemimpin negara membangun seperti Malaysia menangani pembangunan sosio-politik dan keutamaan ekonomi negara terbabit.
 
 

Ezam sangat arif dengan pelbagai persiapan emosi dan minda untuk mengahdapi sebarang soalan dari pelabur asing mengenai hala tuju Reformasi yang selama ini telah diburuk-burukkan oleh Dr. Mahathir. Sebagai seorang yang mengenali DS Anwar selama beberapa tahun, Ezam tahu apa sebenarnya perjuangan Anwar untuk meletakkan wadah bangsa dan negara serta agama ditempat sewajarnya.
 

Malangnya, kerana Dr. Mahathir telah mengkacau-bilaukan keadaan politik, sosial dan ekonomi Malaysia, bersekali dengan cara kes Anwar dibicarakan di mahkamah, Ezam merasa wajib beliau menjelaskan perkara sebenar. Dalam konteks, tak dapat tiada Ezam terpaksa menceritakan perihal sebenar. Dengan itu, nama Dr. Mahathir dan kuncu-kuncu yang berkonspirasi wajib disebut.
 
 

Ezam bersusah payah menjelaskan bahawa penganut Islam di Malaysia bukan ?ekstrimis? seperti yang difitnahkan oleh Mahathir. Bukan sedikit sukar Ezam menjelaskan isu yang telah mengkacau-bilaukan persepsi pelabur terhadap Malaysia. Semua itu adalah hasil perbuatan dan mulut celupar Mahathir yang meburukkan PAS dan Barisan Alternatif diluar negara.
 
 

Alhamdulillah, kita bersyukur, khabar terbaru yang diterima - pelabur luar telah dapat memahami penerangan Ezam dengan baik. Adakah Ezam wajar dicop sebagai ?pengkhianat negara?, atau memburuk Mahathir pula? Berfikirlah kita sama-sama. Kita nampak sekarang, siapa pengkhianat dan siapa pembela negara.
 
 

Kita harus jawab dengan ikhlas, adakah dengan menjelaskan kedudukan sebenar perkara yang berlaku atas sebab tohmah-fitnah dan memburukkan negara yang selama ini dilakukan oleh Dr. Mahathir itu, tetapi diperjelas oleh Ezam perihal sebenar wajar dianggap sebagai memburukkan ?nama baik negara??
 
 

Bohong Mahathir Tidak Dipercayai Masyarakat Dunia
 

Orang luar kerap diberi maklumat bohong oleh Mahathir ddalam ucapan beliau di luar negara. Dalam akhbar Jepun, Dr. Mahathir menyerang semua pihak termasuk negara Barat, Jepun dan Amerika Utara. Malangnya, Dr. Mahathir sendiri lebih bersikap ?cakap tak serupa bikin?.
 

Gambar Dr. Mahathir berpelukan dengan Fidel Castro (sisa ?raja? Komunis dunia) telah memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Rakyat Amerika berlepas tangan membiarkan Mahathir meminta ?sedekah? dari sahabatnya si Castro itu jika persahabatan mereka mampu membuahkan pelaburan. Rakyat Amerika melihat Dr. Mahathir sengaja mencari aib di kalangan pelabur Amerika.
 
 

Malangnya, apa kesilapan yang Mahathir lakukan, orang UMNO tidak berani menegurnya. Rafidah sendiri sedar Mahathir tidak patut mencemarkan nama baik Malaysia diluar negara begitu rupa.
 

RAHSIA SEBENAR EZAM DIKUTUK... *
 

Desas desus rungutan Rafidah itu diluahkan kepada rakan karibnya. Rafidah tidak sedar ?rakan? itu telah menjadikan modal besar dengan menyampaikan maklumat ?mengutuk? Mahathir itu kepada Presiden UMNO. Mahathir sangat terkilan dengan kritik Rafidah itu.
 

Sekarang, akan berakhirlah nampaknya ?riwayat? politik Rafidah setakat ini saja. ?Puteri UMNO? pun ditubuhkan. (Sekarang tahu siapa kawan dan lawan Rafidah sebenar? Fahamkanlah cerita itu?hahahah).
 

Sebagai mencari ?kambing hitam? yang gemok untuk dijadikan korban, Rafidah menuding jari kepada Ezam. Tambahan pula Ezam baru saja pulang dari negara-negara Barat. Rafidah mula mengasah ?parang? dan mencadangkan supaya Ezam dihukum ?pancung?. Kununnya untuk memberi gambaran kepada Mahathir bahawa dirinya (Rafidah) adalah berani berdepan dengan Ezam dan penyokong Barisan Alternatif.
 

Barang diketahui, Mahathir adalah seorang pemusuh yang tidak mengenal kawan atau lawan. Mahathir tidak terpikat dengan ?budi dan setiakawan?. Berbanding Rafidah, Anwar lebih banyak berjasa menyelamatkan politik Mahathir. Sebesar itu jasa Anwar pun, Mahathir tak pernah nak kenang.
 

Pindaan Perlembagaan UMNO Terbaharu
 

Apatahlagi pemimpin seperti Rafidah Aziz. Selama ini Rafidah cuma bergantung kepada kaki seluar Mahathir saja. Mahathir cuma memberi tempoh kepada Rafidah sehingga pilihanraya ke-11 saja. Selepas itu, MKT akan berhimpun semula untuk memilih anggota MKT yang baru. Itu sebab ?pindaan Perlembagaan UMNO? terbaru diluluskan. Ia bermaksud untuk memantapkan kedudukan pemimpin muda yang disetujui oleh Mahathir-Daim saja.
 
 

Fahamlah Rafidah sekarang bahawa dirinya sudah tidak lagi dalam ?good book? Mahathir. Dengan itu jelaslah bahawa segala tuduhan ?pengkhianat negara? terhadap Ezam itu HANYALAH ?sandiwara? beberapa pemimpin UMNO saja.
 
 

Seperti anjing tersepit dengan perangkap besi, ranting kayu yang terpelanting dihadapannya pun digigitnya. Padahal besi pengekang yang menyepitnya adalah bersebab dari kerakusan dirinya untuk membaham umpan yang sengaja diletakkan oleh tukang perangkap. Itulah analogi ?kemarahan? Rafidah, Mahathir dan Hamid ?Malabar?. Dalam kes ini, Mahathir, Rafidah, Hamid ?Malabar? dan semua pemimin pro-UMNO (mungkin ada yang berselindung dalam BA) adalah puak yang tertipu dengan percaturan Yahudi..!!
 
 

Nyah! Nyahkan mereka. Tolak mereka. Nescaya negara ini akan kembali aman, sejahtera dan membangun semula. Jangan tunggu sehingga tahun 2003!! Mulakan sekarang JUGA!!
 
 
 

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)