Merompak Harta Benda Rakyat Terengganu

Oleh : Dr Abdul Rahim Ghouse

Dr Mahathir merasa bangga dengan dirinya yang membawa Malaysia ke alaf baru  millennium .  Visi  Mahathir ke atas sebuah negara kecil dengan jumlah penduduknya 22 juta orang ialah memuliakan  program “Vision 2020”, dimana Malaysia seharusnya menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 , sama tarafnya dengan negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Mahathir memperkenalkan misi  “Memandang ke Timur” untuk menerapkan semua nilai dan cara bekerja yang membawa kejayaan dalam bidang industrialisasi sama seperti  Jepun , Korea  dan Taiwan dan Mahathir menonjol dengan bangganya dan digelar` sebagai “harimau”.

Mahathir mempropagandakan impiannya “Nilai-nilai Asian” dan melaksanakannya dan menjelaskan bahawa apa yang baik bagi Barat tidak semestinya baik untuk Timur , dan menyatakan juga bahawa di Timur , kami menjalankannya dengan “cara kami yang tersendiri”.

Di bawah pimpinan Mahathir , Malaysia  sebenarnya berada jauh dari tahap yang  memperakui hak-hak kebebasan masyarakat.  Sebagai sebahagian dari rencah politik  rakyat Malaysia ,  ianya turut ketinggalan jauh terkebelakang dalam soal konsep berpolitik  dimana  “siapa yang menang akan mengambil kesemuanya dan yang kalah akan dihukum”.

Ketakutan Mahathir sebenarnya ialah dimana sebuah negeri di timur iaitu Terengganu berkemungkinan akan terlepas dari cengkamannya.. Ini disebabkan sama seperti negeri Kelantan , negeri ini telah di tawan pembangkang sejak 1990, malahan Terengganu merupakan sebuah negara yang kedua terkaya di Malaysia dan hasil petroleumnya membolehkan ianya berdikari  jika sesuatu  yang dilakukan  untuk melemahkan pembangunan seperti yang dilakukan ke atas Kelantan oleh Kerajaan Pusat.

Kebimbangan Mahathir menjadi nyata apabila parti pembangkang menyapu bersih  “kerusi” parlimen Terengganu disamping mengekalkan kemenangan di negeri Kelantan.  Bagaimanapun  kehilangan Terengganu dan berkemungkinan ianya mungkin  akan ditadbir dengan baik di bawah pembangkang , Mahathir melihat akan hal ini sebagai sesuatu yang  mengancamnya dan tidak membenarkannya membangun, malahan beliau mula mengambil langkah dengan melihat betapa royalti minyak boleh disekat dan cuba pula membawa Terengganu di bawah cengkamannya. Ia tidak memperdulikan sama ada Terengganu maju atau tidak dan membiarkannya sama seperti yang dilakukannya ke atas Kelantan.

Kerajaan negeri Terengganu sebenarnya menerima 5% royalti minyak sejak 25 tahun dahulu .. Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah ditandatangani pada tahun 1975, dimana  dengan terang dan jelas dinyatakan dalam perjanjian tersebut , dimana ianya bermula dengan RM 50  juta dan kini melonjak ke angka RM 1 Billion  . Kini kerajaan Persekutuan telah cuba menafikan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi  menerangkan betapa  sudah ada kesepakatan dalam soal  royalti minyak  dan sedang menunggu kajian terperinci mengenainya. Menjelang  2 hari kemudian sebelum dijalankan mesyuarat  dan kelulusan kabinet, kerajaan telah menjelaskan dengan “memejamkan mata”  dan menolak hak  yang ditermeterai dalam perjanjian yang dilaksanakan sejak 25 tahun dahulu.

Langkah ini sebenarnya ialah untuk menghukum rakyat Terengganu kerana mengundi parti pembangkang( Barisan Alternative  - WRLR)  pada pilihanraya lepas. Ianya merupakan satu langkah drastik yang diambil Kerajaan Pusat  , malahan langsung tidak membincangkannya bersama Kerajaan  Negeri Terengganu dalam soal royalti ini.

Pada tarikh 29 Jun 2000, Presiden Petronas dan Ketua Pengarah Esekutifnya , Tan Sri Mohammad Hassan Merican, menjelaskan bahawa Petronas akan meneruskan pembayaran 5% hasil royalti kepada Terengganu disebabkan perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1975. Tan Sri Hassan menganggarkan jumlah keseluruhannya  pembayaran pada tahun ini ialah RM810 juta. Pembayaran pertama telah dilakukan sebanyak RM 432 juta dibayar pada bulan Februari tahun ini.

Selepas pulang dari Amerika  baru-baru ini , Mahathir menyatakan bahawa pembayaran royalti yang akan diterima Terengganu ialah sebanyak RM  1 Billion. Ini bermakna bahawa Kerajaan Pusat telah menahan pembayaran sebanyak RM570 juta . Menjelang 4 tahun akan datang dimana diadakan Pilihanraya Kali Ke 11  , Terengganu dijangka akan kehilangan pendapatan sebanyak RM 4. 5 Billion atau sebanyak 1 Billion USD.

Tindakan ini sebenarnya menunjukkan betapa kerajaan Pusat  memperlekehkan  rakyat Terengganu. Kerajaan Pusat sebenarnya telah menghantar satu isyarat yang salah kepada pelabur luar.  Petronas merupakan sebuah syarikat besar dan menjalankan perniagaan secara Internasional. Jika Kerajaan Pusat tidak menepati perjanjian di antara kerajaan negeri Terengganu ,  bagaimanakah pula  pelabur asing akan mempercayai akan keselamatan perniagaan mereka bila menjalankan pelaburan di Malaysia.

Tindakan kerajaan Malaysia dalam pengawalan mata wang telah menyebabkan rakyat  menjadi terkejut dan  mewujudkan krisis  keyakinan  bagi pelabur asing . Bermula dari 23 September 2000 , Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengetuai rombongan  perniagaan ke Amerika Syarikat bagi “menjual “ Malaysia kepada para pelabur di Amerika sebagai satu pusat pelaburan yang ideal .  Bagaimanakah agaknya menteri  berkenaan akan menerangkan kepada para pelabur Amerika betapa Malaysia tidak memenuhi perjanjian yang dimeterai ?

Kita menjangkakan bahawa Menteri Perdagangan Amerika akan menerangkan kepada pelabur negara berkenaan yang akan melabur di Malaysia pada hujung bulan ini bahawa mereka haruslah mengkaji  kedudukan sesebuah negara yang ingin dilaburkan agar tidak mengalami kegagalan kerana sesebuah negara yang gagal menunaikan perjanjian merupakan sebuah negara yang akan menghadapi kerugian besar jika melabur .

Malaysia haruslah menyokong segala tindakannya bagi membuktikan betapa kejatuhan ekonominya   di masa -masa akan datang . Mahathir bukan sahaja menghukum rakyat Terengganu , malahan keseluruhan rakyat Malaysia  , apabila pelabur asing mula menarik dan menjauhi pelaburan mereka  dimana dalam masa yang sama  ekonomi serantau mula menunjukkan kemakmurannya.  Hanya Mahathir sahaja yang akan menyalahkan dirinya sendiri.