Make your own free website on Tripod.com
 

ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU





Perhimpunan Anjuran GPMS
Pesanan Pengerusi Perhubungan
Parti Keadilan Nasional Negeri Terengganu

Adalah difahamkan bahawa satu perhimpunan akan diadakan  pada 6hb Januari 2001 di Dewan
Pasir Panjang yang dianjurkan oleh GPMS.

Pihak KeADILan Negeri Terengganu menganggap perhimpunan tersebut tidak kena pada
tempatnya kerana kezaliman terhadap rakyat Negeri Terengganu masih berterusan. Apa makna
perpaduan Melayu sedang seluruh rakyat Negeri Terengganu yang 95% adalah terdiri dari orang
Melayu dizalimi oleh pimpinan Melayu sendiri.

GPMS sepatutnya bersama seluruh rakyat Negeri Terengganu menuntut hak 'Royalti Petroleum'
kepunyaan rakyat Negeri Terengganu yang 95% adalah orang Melayu. Itu lebih bermakna kepada
orang Melayu daripada meminta Siqui menarik balik tuntutan mereka yang sudah dipersetujui oleh
Perdana Menteri sendiri sebelum pilihanraya ke-10 baru-baru ini. Lagipun Siqui bukan mempunyai
kuasa untuk menarik hak istimewa orang Melayu tetapi pimpinan UMNO dan Barisan Nasional
yang memerintah yang mengabaikan hak orang Melayu sendiri termasuk menarik hak 'Royalti
Petroleum' kepunyaan rakyat Negeri Terengganu.

Dengan ini saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong KeADILan Negeri Terengganu tidak
terlibat dalam perhimpunan tersebut tetapi bersama pimpinan Negeri Terengganu dibawah pimpinan
Barisan Alternatif dalam menuntut hak rakyat Negeri Terengganu yang dizalimi.

Sekian. Terima Kasih

YB. ABD RAHMAN BIN YUSOF
Pengerusi Perhubungan
Parti Keadilan Nasional Negeri Terengganu
Merangkap Ahli Parlimen Kemaman
5hb. Januari 2001