TERENGGANU DARUL IMAN 
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

RAIS YATIM TERPEDAYA:
Oleh:Mujaddin Darul Iman

       Saya ingin mengulas sedikit lapuran oleh TV 3
Buletin Utama 8.00 mlm 15072000 berkaitan
lapuran Utusan Malaysia tentang penamatan perkhidmatan
AJK masjid seluruh negeri Terengganu.
Tajuk Akhbar tersebut adalah seperti berikut:-
"Pas tamatkan khidmat jawatankuasa 400 masjid seluruh Terengganu"
Tajuk tersebut sendiri menunjukkan sikap prejudis utusan terhadap kerajaan PAS.
Sedangkan Saudara Wan Zulkifli(wartawan utusan di Kuala Terengganu)
telah menghubungi YB Ustaz Harun Taib untuk mendapatkan pengesahan
berkaitan perkara tersebut,beliau menjelaskan bahawa AJK masjid yang sedia ada
adalah tidak pernah disahkan oleh kerajaan BN dahulu.Oleh kerana AJK masjid
tersebut tidak sah jadi apakah kerajaan sekarang hendak membiarkan perkara
yang tidak sah itu berterusan.
          Oleh itu apabila Rais Yatim membuat ulasan supaya AJK Masjid dan Umnoo
Terengganu membuat laporan kepada pehak keselamatan ,menampakkan sangat
betapa rais yatim telah terpedaya dengan tajuk akhbar tersebut.sehinggakan menggadai
phd yang beliau perolehi sedikit masa dulu.Adakah kerana terperangkap oleh soalan
TV3 maka beliau membuat saranan demikian.Atau mungkin juga beliau merasakan
dan menyedari pengaruh umno semakin pupus,apakah perasaan beliau nanti
apabila menyedari kebanyakan AJK masjid yang tidak disahkan adalah penyokong
PAS dan pro reformasi dalam piliharaya yang lalu.Tidak mustahil mereka ini
juga akan dilantik semula.Sah pemikiran pemimpin umnooo semakin kalut dan
kusut.Kita tunggu mungkin esok atau lusa apa komen umnooo Terengganu
pula.
     Sebenarnya semakin Umnoo bercakap semakin nampak kebendulanya......
 
 
 
 

MujahiddinDarulIman
mujahiddinDI@yahoo.com