Make your own free website on Tripod.com
BILA RAIS YATIM BERBICARA TENTANG UNDANG-UNDANG
 
Terkadang saya berfikir apakah orang yang bernama Rais Yatim ini orang yang bagaimana, dan siapa
dan apa yang diinginkannya dalam dunia ini. Secara peribadi saya tidak kenal akan beliau jenis orang
yang bagaimana, apa kriteria yang membuatkan beliau menjadi perhatian 'press', apakah kerana
kedudukannya sebagai menteri di jabatan perdana menteri yang memegang portfolio undang-undang
atau hanya penggubal (atau pengubah) undang-undang untuk menjaga kepentingan Mahathir dan
kuncu-kuncunya disamping menjaga kepentingan beliau (personal interest) seperti para UMNO-isme
lainnya.
 
Saya tidak mempersoalkan bagaimana beliau mendapat Phd dalam bidang 'Constitutional Law' yang
saya persoalkan, tanggung-jawab sosialnya terutama kepada tuhan dan rakyat ...(jangan lupa Rais
anda tergolong orang-orang yang SENJA). Berilah sedikit sumbangan kepada rakyat malaysia sebelum
tuhan memanggilmu dan menyoalmu apa yang telah kamu lakukan semasa kamu hidup didunia.
 
Dalam malaysiakini saya terbaca saudara ingin mengemaskini 'rule of law' supaya lebih
'malaysianize' seperti termaktub dalam artikel 121,122 dan 8 dalam federal constitution sekali lagi
disini saya ingatkan anda jagalah prinsip-prinsip keadilan, ingatlah apa tujuan kita dilahirkan didunia
ini (?) yaitu MENJAGA KEPENTINGAN UMMAH, bukan kepentingan beberapa individu.
 
                            Ingat allah memerhatikan kita
 
Rais kembalilah kepada apa yang dituntut Allah, junjunglah prinsip keadilan semoga tuhan
merestuimu.
 
Jadilah macam YB Mahfuz & Co demi menegakan maruah Islam beliau sanggup dipenjara. Orang
sepeti inilah yang layak kita contohi.
 
 
A@2000