Make your own free website on Tripod.com
assalamualaikum,
       salam sejahtera buat semua,
Syukur kepada Allah tuhan semesta alam yang mengetahui segala di langit serta di bumi,yang dapat melihat seekor
semut hitam diatas batu hitam dan dimalam yang gelap gelita.
Salawat serta salam buat junjungan kita nabi Muhammad SAW  serta para ambiaya serta mereka-mereka yang menjejaki beliau hingga hari kemudian.
  Pertama kali saya melawati laman ini ,saya merasa amat kagum,berbangga,malah merasa sedih kerana saya lambat
mengetahui bahawa laman ini telah lama beroperasi.Saya mendapat alamat web ini selepas mendapat email dari seorang kawan di Kuala Lumpur yang bertugas di Bandaraya Putrajaya.Betapa malang nya rasa saya orang di Kuala Lumpur terlebih dahulu menjelajah ke laman ini.namum begitu saya tetap bersyukur .
          Walaupun begitu apa yang ingin saya ketengahkan disni ialah rencana yang disiar terlalu banyak pandangan yang
diberi kepada Pemimpin,rasanya tiada pun pandangan yang diutarakan untuk rakyat atau ahli PAS didalam menghadapi
kerajaan baru yang memerintah Terengganu.
                               Tidak boleh tidak apa cara sekalipun kita yakin UMNO pasti tidak berdiam diri diadalam mencari keburukan ,hatta mereka mencipta pelbagai isu untuk menimbulkan kekalutan dan kekecohan.Walaupun saya tidak terlibat secara langsung dengan PAS ,namum cinta dan kasih saya terhadap perjuangannya amat mendalam.Sepanjang
pemerhatian saya sekarang dikampung-kampung saya yakin apabila kerajaan PAS Terengganu memutuskan supaya
Imam Bilal serta ketua kampung yang boleh mengikuti dasar kerajaan akan dikekalkan.Umno mula gelabah,kerana mereka
mengharapkan agar sebaliknya untuk dijadikan isu besar.lantas mereka mengambil kesempatan untuk perkara ini dijadikan
isu dan menimbulkan suasana tidak sihat dikalangan ahli PAS.Dikalangan iman dan ketua kampung tersebut mengeluarkan
perkataan yang amat perit untuk didengar oleh ahli PAS "lihat aku walaupun kalah tetap juga kekal malah elaun bertambah,kamu apa dapat?"oh bukan main perit rasanya mendengar perkataan tersebut bagi orang PAS yang tidak mendapat tarbiyyah secara tersusun.Mereka hilang haluan dan mula mengutuk pimpinan malah ada yang mengugut pimpinan.
Sepatutnya dalam hal ini kita perlu banyak bersabar,bukankah telah disyaratkan bagi mereka yang boleh mengikut dan melaksanakan dasar akan dikekal.Masih ingatkah kita Rasulullah mampu menarik musuh dengan berbuat baik kepada musuh.
Ini tidak,sudahlah kerajaan menghadapi pelbagai masalah hendak membetulkan penyelewengan,kita pula yang selama ini berjuang bermati-matian ,menjadai alat kepada musuh untuk melihat suasana tidak sihat.
              Selama ini kita boleh bersabar,selama ini kita adalah orang yang diajar supaya memberi wala'serta siqah kepada
pimpinan.Tapi kenapa kini setelah bergelar kerajaan hilang semua siqah kita?berpuluh-puluh tahun kita bersabar,kini baru hanya
2 bulan kita hilang sabar.Bukankah selama ini kita menghadapi pelbagai ujian dan rintangan,tidakkah kita sedar ujian kemenangan ini adalah lebih mencabar.Lupakah kita kepada peperangan Uhud ,hasil dari mengingkari arahan ketua maka
kemenangan yang dikecapi hancur berderai.Rasanya kita perlu lebih banyak bersabar,serta mendapat tarbiyyah dari pimpinan.
Kalau dulu kita tawadduk kenapa kini kita menjadi biadap .Yakin lah dengan pemimpin kita.Kita mempunyai
tanggujawab yang lebih besar dihadapan sana.Lupakah kita pada ucapan sulung Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebaik saja kita menghadapi kemenangan.
"Kemenangan  ini adalah kemenangan rakyat"Maka kemenangan ini adalah hak kita,hak kita yang cinta kan keadilan.Jadi ianya
menjadi kewajipan kepada kita untuk menjaga serta membaiki kemenangan ini.Membaiki pula bukanlah dengan mengugut serta
mempertikaikan tindakan pemimpin.Saya yakin tindakkan pemimpin juga ada kelemahannya.
         Perlu juga kita ingat perjuangan ini bukanlah sekadar untuk mendapatkan Imambilal serta ketua kampung,perjuangan ini
lebih jauh dari itu.Apalah salahnya kita ubati mereka secara berubat bijaksana,sehingga menampakkan kepada kemurnian
perjuangan kita selama ini seterusnya menarik minat mereka untuk bersama-sama dengan kita.Maka bertambah kuatlah perjuangan ini ,berjaya lah usaha kita.Kalau selama ini ruang kita untuk menarik mereka amatlah sulit,maka selepas terbentuk kerajaan, ruang itu tersangat lah luasnya.Maka adakah kita menyempitkan semula ruang tersebut dengan menjauhkan mereka.????? tanyalah diri kita.
 

sekian
hanya itu yang mampu saya coretkan .

arM B MM
kuala terengganu.27/01/2000