Make your own free website on Tripod.com
 
 
 
 
 
 

ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

 



AKHIRNYA RAFIDAH MENGAKUI KEGAGALAN BELIAU SEBAGAI MENTERI..!!

PADA mulanya Rafidah Aziz selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menyeranah orang Melayu @ Bumiputera dengan berkata: 
 

[[ Status usahawan bumiputera tidak laku di pasaran luar negara kerana apa yang di lihat di sana adalah dari segi kualiti dan kos yang kompetitif..]] 

Eh wahhh.. sedapnya mulut si Celupar ini bercakap macam ahli falsafah. Langsung tak tunduk bila meludah. Akhinya bertempek ke muka sendiri. 
 

Rafidah Berselindung Disebalik Kegagalan Sendiri

Rafidah yang bermulut tempayan pekasam busuk itu tidak akan terlepas dari berlagak ego dan celupar. Itu dah jadi darah dagingnya. 
 

Kali ini pun 'Betina UMNO' yang sekor ini masih mencari helah menyalahkan orang Melayu, khususnya peniaga bumiputera. Memang 'puaka' betul si tembam ni!! 
 

Jika diamati dengan halus dan dicerakinkan secara terperinci, maka nampak jelas bahawa kegagalan peniaga dan usahawan Melayu di bidang perniagaan antarabangsa adalah berpunca dari beberapa sebab yang ketara. 

Sebagai sebab mutlak, Kementerian yang diterajui oleh Rafidah selama lebih satu dekad wajar diperakukan oleh beliau sendiri sebagai GAGAL. Kementerian ini tidak menepati sasaran 30% yang dihasratkan sebagai harapan orang Melayu dan DEB seperti yang termaktub dalam Kongres Bumiputera.
 

Punca yang nampak ialah: 

     
     
  1. Rafidah dan UMNO tidak ada kerja lain selain dari berkelahi dan berbantah, memfitnah dan memijak kepala saingan untuk merebut jawatan dalam parti semanjang masa. 

  2.  

     
     
     

    Tengok apa Rafidah buat untuk menumbangkan Siti Zaharah? Kiraan undi ketua WANITA pun dikira berulang kali sampai ghurub matahari. Bila beliau diistiharkan menang baru dikira OK. Itupun menang 12 undi saja. Macam itukah jenis pemimpin UMNO yang nak naikkan taraf peniaga bumiputera? 
     

  3. 'Betina Gampang' ini menjadi menteri Perdagangan Antarabangsa semata-mata untuk menguasai SAHAM yang diuntukkan kepada bumiputera. Dengan itu, beliau akan dapat berkongsi kuasa dengan Prime Minister untuk mengagih dan memfaraitkan saham 'prime' dibawah bidang kuasa kementeriannya. Dikongsi-kongsilah saham tersebut antara 'MENANTU beliau' dengan 'ANAK-BERANAK Mahathir'. 

  4.  

     
     
     

    Maksudnya, Rafidah sebok semanjang masa melakukan Rasuah dan Penyelewengan dengan mengenepikan kepentingan Bumiputra. Macamana nak tumpukan masa memartabatkan peniaga & usahawan Melayu @ Bumipetara? Kerjanya tak lain tak bukan mengisi tembolok sendiri saja. Kita fikir sama-sama. 
     

  5. Rafidah adalah antara menteri WANITA yang paling 'kurang ajar' dalam berbicara dengan delegasi asing - khususnya negara yang memang terkenal dengan kekayaan yang melimpah ruah. Rafidah terlalu ego hingga tidak memikirkan kebijaksanaan orang lain. Dia fikir dia sajal yang 'terer'. Tetapi sebenarnya, Rafidah tidak ada apa-apa yang nak di 'offer' demi kepentingan Melayu kecuali 'omong kosong dalam kelambu'..!! 
  6. Rafidah adalah hidup dalam khayalan! Kunun dirinya adalah 'doyan' dikalangan pemimpin Wanita. Tetapi setakat ini, beliau belum nampak melakukan sesuatu yang tinggi jasa dan khidmat untuk menyelaraskan peniaga dan usahawan Melayu - bukan saja di arena antarabangsa, malah dipasaran tempatan pun 'jauh panggang dari api'. 

  7.  

     
     
     

    Maknanya, Rafidah cuma bercakap ikut sedap mulut macam 'betina kampong' yang hobby nya suka bertandang 'bawak mulut' dari rumah ke rumah saja. Nak harap apa? Dasar 'betina celupar'..!! 


 

Time To 'Kick The Political Bucket'

Selepas satu seminar yang saya hadiri, seorang rakan berkata, "Rafidah adalah contoh menteri Melayu yang tak laku dimana-mana pasaran pun - samada pasaran tempatan maupun pasaran antarabangsa".

Kami yang sedang berkolokium sesama sendiri ketawa berdekah-dekah. Betul juga kata kawan lamo saya tu. Jika diperhatikan rasionalnya, tidak ada peniaga dan pengusaha IKS Melayu yang mendabik dada mengaku barang dagangan mereka adalah hasil usaha bumiputera sewaktu mempromosikannya di arena antarabangsa. 

Selama ini hanya kerajaan UMNO saja yang membesar-besarkan perkara itu dengan tujuan untuk meraih pengaruh dan undi 'balot box' orang Melayu. Padahal, 'abok pun tarakkk..'. 
 

Sebagai seorang pengusaha Melayu, kawan lamo saya itu tidak pernah menyentuh isu bumiputera sewaktu mempromosikan barang keluaran perusahaan beliau diluar negara. Entah dari mana Rafidah dapat ide berkata begitu. Pengusaha Melayu @ bumiputera lebih arif cara mempromosikan dagangan mereka. 
 

Walaupun ada Maltrade atau apa juga 'Jin Aprade' yang ditubuhkan oleh Kementerian Rafidah - yang nampak sampai sekarang, mereka cuma sebok dengan 'working paper' saja. Nak jumpa pegawai mesti ada appointment. Kalau jumpa mereka sebok semanjang. Muka mereka nampak keluh-kesah macam gaji tak cukup nak bayar intallment rumah. 
 

Bila ditanya beberapa soalan, jawapan yang diberi lebih tak payah tanya. Menyakit hati saja. Banyak melopong mulut masuk langau hijau! Mereka lebih bangang dari yang disangkakan. Cakap saja 'pung-pang, pung-pang', tapi semua kaki temberang. Sebabnya, pegawai Kementerian Rafidah adalah mereka yang tidak pernah turun padang. Mereka cuma bekerja cari makan - masuk jam 8:00 pagi, tendang fail jam 4:30 petang. 

Masing-masing tu pulak sebok dengan neck-tie - dari batang leher terjueh sampai ke celah kangkang!! Macam tu ke nak tolong bumiputera nak berdagang? Sudahlah tu, bang!!
 

Tiada Penyelerasan Seimbang
 

Seorang pengusaha bumiputera yang matang di bidang keusahawanan pernah berkata kepada saya, katanya: 

"Wak!! Jangan harap sangat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa. Kementerian ini silapnya satu saja, sebab Rafidah jadi menterinya. Sepatutnya dia jadi menteri 'Promosi Nama Mahathir'. Antara fungsinya ialah untuk mengagih-agih saham untuk menantunya dan berkongsi dengan anak-anak Mahathir, Kroni dan 'hantu-hantu raya' puak UMNO saja". 

Hehehe?. Tergelak kami di coffee house tengah hari itu. Yang menggelikan hati itu ialah, beliau adalah usahawan dari Terengganu. Pengalaman beliau dan kejayaan beliau sah memang tidak ada kena mengena dengan jasabaik kementerian Rafidah. Maklumlah, dia adalah seorang ahli PAS. Tetapi kerana sikap jati diri dan keyakinan berniaga tanpa rasuah - cuma bermodalkan keadilan dan ketelusan, maka hari ini beliau tak perlu dibailout macam korporat anak-anak Mahathir atau Halim Saad!! 
 

Bagi beliau, jika bumi putera masih harapkan menteri UMNO menerajui kementerian berkait rapat dengan perdagangan dan usahawan Melayu @ bumiputera, sampai kiamat orang Melayu dan kaum bumiputara setakat bertaraf 'peniaga Warong' sajalah nampaknya, ulas beliau. 
 

Alasan beliau (yang saya pegang erat) ialah, pertamanya: Selagi kementerian yang terlibat dengan keusahawan dan perdagangan tidak 'pro-aktif' dan mempunyai rancangan jangkapanjang yang seimbang antara pembangunan perindustrian dengan pembangunan keusahawan @ perniagaan/perdagangan - jangan harap kaum bumiputera bersaing dengan kaum lain dengan jayanya. 
 

Kedua: Jika nawaitu dasar Kementerian terbabit setakat 'melepaskan batuk ditangga' saja, sambil itu pandang peniaga itu ahli parti mana - sampai kiamat peniaga bumiputera akan ditakuk lamalah. 
 

Puncanya, peniaga UMNO dapat macam-macam konsesi. Walhal mereka cuma jadi Kroni orang politik. Dapat kontrak dan tender mereka canang-canangkan kepada 'the highest bidder'. Siapa lagi, peniaga Cinalah pilihan mereka!! 
 

Mereka hanya berpada kutip 'ten percent' komisyen saja. Tak payah kerja. Goyang kaki, peniaga Cina ganti tayar kereta. Kadang-kadang, sanggup minta 'betina'..!! Itu contoh peniaga bumiputera UMNO. 

Tercengang Geleng Kepala
 

Kata beliau, "Rafidah tak usah runsing nak pasarkan nama bumiputera ke arena antarabangsa. Mahathir sendiri sudah mencemar dan kasi 'spoil' nama Melayu dan bumiputera diluar negara. Malu sangat peniaga Melayu mengakui diri sebagai Melayu dan bumiputera." 

Raifidah sebagai menteri Melayu dan bumipetara lebih dikenali sebagai Menteri yang 'top' mengamalkan Rasuah. Pedagang luar cukup jijik dengar nama Mahathir dan Rafidah!! 
 

Jadi, kita sebagai peniaga dan usahawan berkulit sawo matang, mereka merasa lebih hina jika mengakui diri sebagai pengusaha bumiputera. Busuk sangat nama bumiputera diluar negara. Ini bersebab dari Konspirasi Mahathir dan disokong 100% oleh saham Rafidah. Tanya Madeline Albright apa katanya? 
 

Memang betullah cakap Rafidah itu, iaitu 'Status usahawan bumiputera tidak laku di pasaran luar negara..'. Sebabnya, imej orang Melayu dan Bumiputara sudah cukup-cukup tercemar oleh Mahathir dan semua pemimpin UMNO!! 
 

Janganlah kita tercengang geleng kepala puak, OK? Salah siapa sekarang? Nak sokong lagi BN? 
 

Amin Sapiro 
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)