Rasuah Di Jabatan Pendidikan Terengganu
Di minta Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa tolong tengok-tengokan anak buah Tan Sri di jabatan pendidikan Terengganu terutamanya tentang pemberian TENDER KANTIN yang mana dari sumber yang boleh dipercayai berlakunya kegiatan tidak sihat. Hanya mereka yang sanggup memberi duit (rasuah) kepada pegawai yang tersebut sahaja yang boleh mendapatkan kontrak kantin di sekolah-sekolah di terengganu ini.

Tak cukup dengan itu, terdapat juga pegawai dari pejabat pendidikan daerah yang datang untuk buat pungutan (duit rasuah) dari satu kantin sekolah ke satu kantin sekolah. Kalau tak percaya bolehlah di tanya dengan pengusaha-pengusaha kantin di daerah Kuala Terengganu. (harap-harap mereka sangup menjadi saksi).

Kalau semuanya perlukan kos tambahan, maka ini akan memberi kesan yang tidak sihat yang mana pengusaha kantin mungkin akan menyerapkan segala kos tambahan tersebut kepada murid-murid yang menjadi pelanggan tetap di kantin tersebut dengan menyediakan makanan yang tidak bermutu ataupun mahal harganya.

c.c Ketua pengarah BPR.