TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

REFORMASI PENDIDIKAN : SATU CADANGAN.

Tujuan

Kertas cadangan ini bertujuan untuk mengesyorkan kepada kerajaan negeri

a). Untuk mengadakan kelas persediaan merangkap kelas  Pra Aliran Arab/Ugama untuk lepasan SPM bagi mengatasi pelbagai masalah yang  wujud ekoran sekian lamanya sistem pendidikan sekular dinegara kita berjalan.
b). Kemasukkan pelajar ke sekolah aliran ugama berasaskan PMR bukan UPSR atau dengan kata lain Tingkatan 4 bukan Tingkatan 1

Latarbelakang.

Umum mengetahui bahawa dewasa ini, ibubapa kini menpunyai kecenderungan yang kuat untuk menghantar anak mereka ke sekolah aliran agama dengan pelbagai sebab. Umum sedia maklum sistem pendidikan perdana tidak mampu atau sengaja untuk tidak mampu untuk menurut kehendak masyarakat.
 

Senario pendidikan sekarang.

a)  Selepas UPSR ( darjah 6).

Apabila seorang pelajar itu tamat darjah 6, kebiasaannya pelajar akan mengikut kehendak ibubapa untuk menentukan sekolah yang akan dimasuki.

Bagi pelajar yang lemah dan sederhana percapaian akademiknya  sudah tentulah Sekolah Menengah aliran kebangsaan berhampiran dengan tempat tinggalnya akan dimasuki olehnya. Ini merupakan sebahagian besar pelajar akan terlibat. Pelajar dan ibupapa mereka tidak kesah sangat tidak dapat belajar di sekolah agama kerana awal-awal lagi tidak layak walaupun ada keinginan dalam hati untuk menghantar anak ke sekolah agama.

Bagi pelajar yang baik dan yang cemerlang maka kebiasaannya sekolah agamalah pilihan utama ibubapa. Namun begitu oleh kerana tempat terhad, sebahagian besar dari mereka tidak diberi peluang untuk belajar disaluran yang diingini oleh ibubapa mereka, lantas mereka dimasukkan ke sekolah aliran biasa berhampiran dengan tempat tinggal mereka atau ke sekolah Rancangan Khas.

Pelajar yang cemerlang dan amat cemerlang biasanya akan ke sekolah berasrama penuh dan ke MRSM.
 

b) Selepas PMR.

Bagi kebanyakan pelajar sekolah aliran kebangsaan, selepas PMR mereka akan naik ke tingkatan 4 atau ke pusat teknikal seperti Giatmara dan sebagainya atau ke alam perkerjaan seperti kerja di kilang-kilang.

Bagi pelajar sekolah berasrama penuh pula tentulah ke tingkatan 4 untuk meneruskan kecemerlangan akademik mereka.

Bagi pelajar sekolah agama pula, sebahagian mereka meneruskan pelajarannya di tingkatan 4 sekolah yang sama. Namun begitu ada juga yang akademiknya cemerlang dan kurang berminat dengan aliran agama mencari jalan keluar dengan memohon dan memasuki sekolah asrama penuh (aliran biasa) atau keMRSM..
 

c) Selepas  SPM

Bagi kebanyakan pelajar sekolah aliran kebangsaan, mereka akan memasuki alam perkerjaan atau pusat pendidikan tinggi. Antara pusat pendidikan adalah Maktab Penguruan, Politeknik, Universiti-universiti dan lain-lain. Golongan dari sekolah menengah aliran kebangsaan ini adalah golongan yang terbesar.

Bagi pelajar sekolah berasrama penuh dan MRSM, mereka biasanya akan ke Universiti didalam dan di luarnegeri. Mereka  ini biasanya akan menjadi ahli kelas menengah dan elit dalam masyarakat nanti.

Bagi pelajar sekolah menengah agama pula, sebahagian mereka meneruskan pengajian dalam bidang agama. Namun begitu terdapat peratusan yang besar yang meneruskan pengajian mereka dalam bidang lain seperti perniagaan , kejuruteraan, perubatan dan sebagainya.

Umum sedia maklum, baki pelajar aliran agama yang tinggal tak seberapa ini pula belum tentu meneruskan perkerjaan mereka di dalam institusi keagamaan. Dan jika mereka berkhidmat di pelbagai Institusi agama belum tentu dapat berkhidmat selaras dengan tuntutan agama, banyak dari ustaz, ustazah ini memilih laluan ‘budaya hidup selesa’ dan menbiarkan masyarakat menuruti arus perdana yang belum tentu sesuai dengan islam

Hasilnya tinggal beberapa kerat pendakwah yang tak kenal penah lelah dan dengan kemampuan yang amat terbatas untuk berhadapan dengan masyarakat terbanyak yang telah rosak dalam pelbagai sudut.

Persoalan kita, adakah kita hendak meneruskan fenomena ini tanpa memikirkan dan menyusun gerakkerja bagi menperbanyakkan golongan ulama dan meramaikan umarah yang faham agama.

 
Persoalan Untuk Diselesaikan.

Soalan Satu.

Pelajar sekolah aliran agama boleh diterima masuk ke sekolah aliran biasa, contoh Tingkatan 3 Sek Tok Jiring masuk ke Tingkatan 4 MRSM Kota Bahru.
Mengapa kita tidak wujudkan keadaan dimana Pelajar Cemerlang PMR (Sek Men Sultan Sulaiman) boleh masuk ke Tingkatan 4 SMUZA.

Soalan Dua

Pelajar sekolah aliran agama boleh memohon memasuki Institut pengajian tinggi didalam pelbagai jurusan. Contoh Pelajar lepasan SPM dari SMUZA memasuki UPM dalam bidang perniagaan tani.
Mengapa tidak diwujudkan keadaan/ mekanisma dimana pelajar cemerlang SPM dari MRSM Kuantan mengambil jurusan pengajian islam Universiti Kebangsaan.

Soalan Tiga.

Terlalu banyak pusat pengajian tinggi awan dan swasta mengadakan suatu program bagi menbolehkan pelajar yang lemah dalam subjek tertentu dalam SPM diterima masuk ke Universiti melalui program kursus selama 6 bulan hingga setahun. Contohnya Pra Perdagangan dan Pra Sains UiTM, dimana pelajar yang lulus kursus Pra Sains  layak mengikuti jurusan sains dan kejuruteraan di UiTM.
Jika mereka boleh buat, bagaimana kita, mengapa kita tidak wujudkan program Pra Agama untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama dari Sekolah Menengah Bukan Aliran Arab contohnya pelajar Sek. Men. Sains Dungun atau Sek. St. Thomas Kuantan mengikuti Pra Arab anjuran KUSZA   selama  satu tahun dan diterima masuk ke Diploma Pengajian Islam KUSZA dan sebagainya.
 

Soalan Empat.

Pernahkah kajian dibuat keatas hasil terakhir berserta kosnya bilangan pelajar yang memasuki tingkatan satu sekolah menengah aliran agama yang akhirnya menjadi ustaz/ustazah, jika ada berapa peratus. Maksudnya sebagai contoh, pelajar tingkatan 1 tahun 1990 SMU Sultan Ismail Dungun, berapa peratus akhirnya kini menjadi ustaz, dan berbaloikah kos yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengeluarkan sejumlah ustaz tersebut.  Jika tidak berbaloi dengan kos, perlu dicadangkan satu cara supaya bilangan pelajar yang masuk ke sekolah agama akan menjadi ulamak sekurang-kurangnya 80%.

Mengapa tidak ditukar polisi, dimana Sek. Men. Ugama di Terengganu akan mengambil pelajar dari tingkatan 4 sahaja (sebagaimana Sekolah Teknik). Ini supaya dapat menpastikan bilangan tempat belajar yang ada hanya dan untuk menberi peluang kepada pelajar yang berkemampuan (akademik) dan berminat sahaja. Secara tidak langsung dapat mengatasi pelajar sekolah agama yang tidak berminat dengan karier sebagai seoarang ulamak kerana mereka ini masuk sekolah agama atas kehendak ibubapa mereka ketika selepas UPSR dahulu.
 
 

PROGRAM PRA  ARAB LEPASAN SPM.
 

Konsep

Konsepnya gabungan konsep Program  Pra Sains dan Pra Perdagangan UiTM dan  Program Pengajian Persediaan (PPP) UiTM.
 

Objektif

Menyediakan kelas pembelajaran bahasa arab secara formal kepada pelajar-pelajar yang cemerlang bukan aliran arab untuk dijadikan tiket bagi mereka untuk memasuki institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negeri yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pengantar didalam jurusan pengajian islam dan lain-lain bidang.

Sebagai pangkalan  (kem) motivasi kepada pelajar pelajar lepasan SPM sebelum mereka menghadapi cabaran dunia kehidupan sebagai pelajar dan remaja di dalam dan di luarnegeri.
 

Tujuan

1) Menperbetulkan/menbaikpulih senario yang sedang berlaku akibat sistem pendidikan sekarang
2) Melahirkan  secara terancang lebih ramai pelajar yang bakal menjadi ulamak yang lebih berwibawa.
3) Melahirkan pelajar yang telah bersedia berjuang untuk Islam ketika dimana sahaja mereka berada.
 
 

Sukatan Pelajaran

1) Bahasa Arab
2) Tasawur Islam ( Minda Muslim).
 

Tempoh

Semester  Pertama  (Bulan Dec 2000 Seminggu Selepas Peperiksaan SPM hingga  Mei 2001)
Semester Kedua   (Bulan Jun 2001 Hingga Bulan Dec 2000).
 

Kelayakan.

Asas utama pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM dan berminat mengikut keutamaan seperti berikut:
i) Pelajar asal Terengganu yang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (bukan aliran agama) Dan MRSM.
ii) Para Pelajar Sekolah Berasrama Penuh (bukan aliran agama) dan MRSM.
iii) Pelajar cemerlang sekolah sekolah bukan aliran agama di Terengganu.
iv) Pelajar cemerlang sekolah sekolah bukan aliran agama luar Terengganu.
v) Amat kecenderung dan berpotensi untuk menjadi pendakwah.
 

Anjuran

Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui KUSZA, KUSZA perlu mendapatkan seberapa banyak pengiktirafan sijil program ini dari dalam dan luarnegeri.
 

Tempat Belajar.

KUSZA perlu mendapatkan tempat belajar secara berasrama di pelbagai tempat seperti di KUSZA sendiri, TATI dan lain –lain diTerengganu dan juga secara francis di luar dari Terengganu.
 

Yuran Pengajian & Asrama,

Serendah yang mungkin, mungkin lebih rendah dari UiTM dengan bayaran untuk makanan di asrama.
 

Lain - lain hal.

Bagi pelajar yang telah mendapat tempat belajar di IPT (biasanya sekitar bulan Mei), beliau boleh meninggalkan program ini dan tempat beliau digantikan dengan pelajar lain diSemester Dua nanti.
Lanjutan itu, Subjuk Tasawur Islam (Minda Muslim atau apa sahaja nama sekali pun ) perlu diberi penekanan yang lebih sebagai bekalan atau pendinding diri bagi pelajar tersebut apabila masuk IPT nanti.
Dengan itu diharapkan bekas pelajar program ini akan meneruskan program jemaah Islam melalui usrah-usrah dan harakah-harakah Islam di tempat mereka belajar dan berkerja nanti.

Bagi pelajar yang tidak atau lambat mendapatkan tempat di IPT serta berminat untuk meneruskan pengajiannya boleh  teruskan di Semester Ke 2.  Satu sijil bahasa arab perlu dikeluarkan dan sijil ini boleh digunapakai bagi kemasukan Diploma Pengajian Islam IPT awan atau swasta.  Sijil ini juga boleh digunakan untuk memasukki IPT luarnegeri (negeri arab) bagi jurusan selain pengajian Islam seperti Perubatan di Mesir, Kejuruteraan di Sudan dan lain-lain.
 

Justifikasi Keperluan Program Ini.

1. Untuk melahirkan lebih ramai ulamak.
2. Sebagai kem motivasi kepada pelajar lepasan SPM untuk menjadi kader kader  jemaah Islam.
3. Supaya pelajar-pelajar tidak menlaksanakan gerakkerja yang tidak berfaedah dan tidak menberi menafaat, walaupun pada pandangan masyarakat menberi manafaat sepereti menyertai Rakan Muda, menyertai pesta-pesta sukan, hiburan serta menyertai kelas-kelas pengajian yang merapu.
4. Untuk mencungkil bakat ulamak dari kalangan cerdik pandai. Maksudnya ada pelajar cemerlang yang tidak berpeluang memasuki aliran agama sejak dari tingkatan satu, tapi mereka ini menpunyai kesedaran dan ruh Islam yang tinggi.
5. Bagi menberi kefahaman yang mendalam dan menyeluruh kepada pelajar lepasan SPM, supaya mereka mampu berhujah dan memimpin dan tidak terpegaruh dengan idelogi sesat dan merapu seperti Jemaah Tabligh, Ai Arqam, Tarikat tarikat tak tahu hujung pangkal dan lain-lain.
 
 

Contoh contoh untuk dijadikan tauladan.

Ada beberapa individu yang asalnya bukan dari aliran agama tertapi telah mengukir nama sebagai seorang ulamak, seorang pejuang Islam serbaboleh, walaupun mereka-mereka ini bukan didalam perancangan mana-mana pihak berkuasa.

1) Peringkat Antarabangsa:

Gulbuddin Hekmatyar,  Fathi Yakan, Al-Maududi, N. Erbakan, AL Sahid Syed Qutb dan lain-lain.

2) Peringkat Nasional:

Y.B Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Ustaz Salehuddin Nasir dan lain-lain.

3) Peringkat Negeri:

Y.B Wan Hassan Wan Ramli dan lain-lain.

4) Peringkat Kampung:

Ini banyak termasuk Us. Assyeikh   TSTS
 

Penutup:

Kertas ini adalah pendapat penulis sendiri melalui pengamatan  dan pengalaman apabila berurusan dengan individu-individu yang berasal dari jurusan agama tetapi berubah arah kejurusan lain atau masih berada dalam Institusi agama tetapi memilih untuk hidup selesa dan tiada ruh perjuangan Islam serta individu dari jurusan lain tetapi menpunyai ruh Islam yang kuat.

Ini adalah pendapat semata-mata dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang atau pertubuhan. Pendapat ini dipersembahkan untuk dikongsi bersama demi melahirkan Generasi Islam yang gemilang.

Jika kertaskerja ini diterima, diharapkan merekamereka yang akan diprogramkan ini akan menjadi kader-kader perjuangan Islam bagi mengerakkan Umat Islam di Terengganu, Malaysia,
Sekian wassalam.
 

Disediakan Oleh
Tentera,
Panji Hitam
Dari Timur