Rakyat Terengganu rata-rata mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Syura
Rakyat (JSR) oleh Kerajaan PAS, menggantikan Jin Kuca Kapong (JKK) ilham
Kerajaan UMNO/BN yang lalu. JSR, yang memberi maksud suara rakyat,
menjanjikan pemerintahan yang adil dan kesejahteraan seluruh rakyat
negeri ini. Harapan rakyat menggunung untuk menekmati hidup yang lebih
selesa dan sejahtera. Bolehkah kita memenuhi hasrat rakyat ini ??

 Proses penubuhan JSR sedang giat dilaksanakan di seluruh negeri, kini
di peringkat memilih/melantik ahli-ahli JSR di kampung-kampung. Saya
difahamkan bahwa syarat-syarat yang ketat dikenakan untu melayakkan
seseorang dipilih untuk menganggotainya, dan 2/3 daripada keahliannya
dilantik oleh Menteri Besar (MB) manakala selainnya dipilih oleh
masyarakat setempat untuk menjamin kewibawaan dan keberkesanan JSR.
Dengan itu pemilihan/perlantikan ahli jawatankuasa tersebut seharusnya
berasaskan kepada garis panduan yang telah ditetapkan. Namun demikian,
saya difahamkan ada beberapa perkara yang tidak menyenangkan/
membimbangkan berlaku di dalam proses pemilihan/perlantikan ini.

Ada di antara Wakil Rakyat (YB) dan "Penasihatnya" (PYB)
memilih/melantik ahli tanpa berbincang dengan masyarakat setempat.
(Cawangan-cawangan PAS yang berhampiran dengan atau bertanggungjawab ke
atas kampong-kampong semasa kerja pilihan raya adalah dianggap mewakili
masyarakat kampung-kampung yang berkenaan. Ini adalah kerana mereka
lebih mengtahui anak-anak kampong itu daripada YB / PYB.) Membelakang
cawangan-cawangan PAS ini di dalam memilih/melantik AJK JSR akan membawa
kepada kepincangan-kepincangan berikut:
o         Pilihkasih atau pilihbulu. Kita tidak boleh menafikan bahwa
kemungkinan ini berlaku jika hanya se orang/dua membuat pilihan.
o         Mendorong kepada JSR berkhidmat kepada YB atau PYB dan bukan
kepada masyarakat setempat. Ahli-ahli JSR akan rasa terhutang kepada
YB/PYB dan justru itu mengabaikan keperluan masyarakat kampung.
o         Saya akuri bahwa kuasa yang diberi MB kepada YB melantik 2/3
daripada keanggotaan JSR membolehkan YB/PYB melantik. Tetapi, ada
kalanya YB dan PYB melantik kesemua ahli JSR justru menafikan hak
Cawangan melantik 1/3 daripada jumlah keanggotaannya.

Kepincangan-kepincangan di atas adalah menjadi punca utama di mana JKK
dibenci masyarakat dan membuat mereka (masyarakat) menolak UMNO dalam
pilihan raya yang baru lalu. Saya yakin dan percaya Kerajaan PAS kini
akan memberi yang terbaik mungkin dan tidak akan menghampakan rakyat
yang hauskan pemerintahan yang adil, saksama dan menjamin kesejahteraan
hidup rakyat. Tetapi dengan cara tidak disenghajakan, perlaksanaan
sesuatu seperti di atas tanpa pengawasan yang ketat, akan menggagalkan
cita-cita murni Kerajaan.

Adalah diharap agar keadaan ini diawasi rapi. Perkataan "syura" di dalam
JSR itu sendiri seharusnya menjadi panduan terpenting untuk melaksanakan
sesuatu tugas atau tanggungjawab setiap individu yang diamanhkan.

Terima kasih

Watchdog
(penulis Tamu)