Make your own free website on Tripod.com
Rezeki bertambah

Assalamualikum,
Terlebih dahulu disini ingin saya jelaskan bahawa saya bukanlah penyokong pas dan jauh sekali untuk menjadi ahli,saya
juga tidak menyertai mana mana parti pun sebelum ini.Cuma pada piliharay yang lalu saya mengundi PAS itu pun
kerana terikut ikut suasana ketika itu ramai berpehak kepada PAS.Pilihanraya sebelum nya sememangnya saya
mengundi dacing ia itu simbol kepada BN.Saya sebenarnya langsung tak minat politik.Cumaya sejak akhir akhir ini
saya mengikuti perkembangan politik melalui internet.Saya memaksa diri saya supaya berminat dengan politik,namum
tahap keinginan politik masih begini juga.Walaupun saya seringkali juga menjegok laman laman politik tanahair namum
itu semua hanyalah untuk melihat desing serta grafik sesebuah laman web tersebut tidak lebih dari itu.Saya tidak pandai menyusun bahasa yang indah dalam tulisan ini,kerana saya bukan penulis.Saya memasuki internet pun hanya untuk
mencari hiburan.Jadi seandainya susunan bahasa ini tak sedap harap maaf lah ye.
 Disini pun bukan nya ada benda penting dan besar sangat yang nak saya tulis.Peristiwa ini pun dah lama berlaku,cuma sekarang baru saya ada kesempatan untuk menulis,kerana pc saya rosak.Peristiwa ini berlaku semasa hari Raya Aidil Fitri
yang lalu.Ketika itu kawan saya mengunjungi rumah saya.Dia adalah orng kuat BN,tapi saya tak tahu jawatan dia di Kg .
Ketika kami asyik berbual ,beliau betanya saya "Duit Ihsan dapat tak?"saya memaklumkan kepadanya saya dapat RM200.
saya tanya dia apa tujuan duit ihsan tu?Siapa sasaranya?Dia menlawab bahawa tak penting itu semua yg penting JPP bagi.
Saya bertanya lagi,agak-agaknya kalau BN tak kalah baru ni duit ihsan ni ada ke tak??dia menjawab tentu lah tak ada
kerana duit tu kerajaan negeri lah guna.Saya katakan padanya bahawa sebelum ini saya tak pernah dapat apa apa
bantuan,cuma masa belajar di kolej dulu,itu pinjaman yayasan Terengganu.Saya kata lagi ,kalau macam ni baguslah
PAS merintah saya dapat duit ,kalau BN perintah tak ada duit ehsan pun.Pas merintah rezeki pun murah saya menambah.Dia
nampak kalut dan minta diri.Soalanya apa dengan wujudnya perasaan demikian dalam diri saya (PAs perintah murah rezeki)
menunjukkan bahawa saya mula meminati politik.Tolonglah berilah pandangan.