Make your own free website on Tripod.com



Royalti RM432 juta, ke mana dibelanjakan?

Latarbelakang:
Isu yang cuba dibangkitkan ialah kerajaan PAS tidak tahu mentadbir kewangan negeri. Ia sebenarnya lebih sebagai helah Umno/BN untuk menjustifikasikan tindakan kerajaan Pusat merompak hasil terimaan royalti petroleum dari negeri ini. Bagi tahun 2000, jumlah penerimaan sebenar wang royalti untuk setengah tahun pertama ialah RM434,828,765.00 pada 29 Februari 2000.

Penjelasan 1: Pemimpin Umno Pelupa atau Pengeliru?
Umno/BN telah memerintah Terengganu selama 38 tahun (1961-1999). Dalam masa tidak sampai setahun setelah pemerintahan terlepas dari tangan mereka, para pemimpin Umno Terengganu seolah-olah bingung dan terlupa tentang dasar-dasar kerajaan negeri yang selama ini mereka terajui. Mengikut Dasar Perakaunan Kerajaan Negeri seperti terkandung dalam Perlembagaan negara, segala hasil dan wang yang diterima oleh sesebuah negeri (kecuali Zakat Fitrah, Baitulmal atau Hasil Agama Islam) dikumpulkan dalam apa yang dinamakan “Kumpulan Wang Disatukan”.

Segala perbelanjaan daripada Kumpulan Wang Disatukan adalah tertakluk kepada Belanjawan Negeri untuk tahun berkenaan yang diluluskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri terakhir sebelum tahun tersebut. Segala terimaan hasil dan perbelanjaan negeri hanya dapat diketahui setelah melalui prosesnya seperti laporan Penyata Kewangan oleh Akauntan Negeri, yang kemudiannya disemak oleh Ketua Audit Negara. Manakala Penyata Kewangan tidak akan dapat disediakan sehingga tahun kewangan berkenaan berakhir.

Tindakan para pemimpin Umno mempersoalkan ke mana wang royalti yang diterima itu dibelanjakan sama ada menggambarkan mereka sebagai orang yang pelupa, atau mereka sebenarnya berniat jahat dan sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan fitnah mereka itu.

Penjelasan 2: Mempertingkatkan Kualiti Hidup Rakyat
Walau pun baru setahun memerintah, kerajaan negeri pimpinan PAS telah banyak melaksanakan projek pembangunan yang jelas mempertingkatkan kualiti hidup rakyat, sama ada dalam bentuk fizikal (terutamanya infrastruktur), material (peningkatan keupayaan kewangan rakyat) mahu pun spiritual (pembangunan insan). Di antara proses pembangunan yang melibatkan perbelanjaan ialah:
a. Membina 92 batang jalan kampung (81 batang di bawah kendalian Pejabat-pejabat Daerah dan 11 batang di bawah Jabatan Kerja Raya Negeri).
b. Memperuntukkan RM100,000.00 kepada setiap ADUN (32 orang) iaitu Peruntukan Bantuan Am RM40,000.00 dan Pembangunan RM60,000.00.
c. Menaikkan elaun bulanan bagi imam dan bilal (daripada kadar maksimum RM180 sebulan kepada RM350 sebulan).
d. Menaikkan kadar bantuan am Jabatan Kebajikan Masyarakat (daripada RM50 – 150 kepada RM100 – 250).
e. Mewujudkan Unit Pembangunan Insan (UPI) yang melibatkan perlantikan 448 kakitangan pengurusan/profesional dan sokongan.
f. Menerbitkan tabloid dwi-mingguan Warta Darul Iman sebagai salah satu usaha mempertingkatkan daya celik maklumat di kalangan rakyat.

Spanar2001
celikmata/celikhati
 

Catatan:-
Rencana ini amat sesuai untuk dicetak dan ditampal dimana-mana