Make your own free website on Tripod.com
 

I
ROYALTI  :  KAMI BERSAMA TOK GURU

Isu royalti tidak dibawa ke mahkamah

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Hrkh) - Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan membawa isu royalti petroleum ke mahkamah dalam jangka masa yang terdekat ini bagi membolehkan penerangan secara keseluruhan akan diberikan kepada rakyat terlebih dahulu.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Tun Salleh Abbas berkata, ini kerana isu royalti ini merupakan isu politik yang sengaja ditimbulkan oleh Umno dan BN ekoran kegagalan mereka dalam mengekalkan kekuasaan di Negeri Terengganu dalam pilihan raya umum lalu.

Justeru, katanya rakyat perlu diberi penerangan sedalam-dalamnya mengenai tindakan Kerajaan Pusat ini sebelum membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Tambah beliau, tujuan perkara itu tidak dibawa ke mahkamah kerana dikhuatiri akan diselewengkan fakta sebenar oleh media arus perdana yang pro Umno dan Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Dialog sempena setahun pemerintahan Barisan Alternatif di Terengganu yang diterajui oleh PAS di sebuah hotel dekat sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Exco Kerajaan Negeri, Haji Mustafa Ali, YB Yahya Ali dan dipengerusikan oleh Dato' Dr Hassan Ali.

Harakahdaily.com