Make your own free website on Tripod.com


ROYALTI : JALAN HAMPIR TERANG

Kejadian Rampasan serta rompakan hasil royalti minyak Terengganu telah mengejutkan semua pihak seluruh negara
rakyat Malaysia yang mempunyai akal yang waras kecuali Umno,merasakan ini suatu kezaliman yang mesti diajar
pada pilihanraya umum yang akan datang.Malah simpati dihati kecil ahli Umno ada yang tidak boleh disimpan lagi.Malah
mereka mula meluahkan rasa hatinya.Perkara ini ternyata jelas akan kezalimannya.Kalau benarlah cara atau kaedah
pemberian duit tersebut sebelum ini tidak menepati sepertimana perjanjian yang dimeterai bersama antara Kerajaan Terengganu
ketika itu dan Petronas maka kerajaan Terengganu sepatutnya kena membayar balik wang royalti yang diterima selama ini.
Lagi pun dalam perjanjian tersebut hanya yang terlibat adalah Kerajaan Terengganu dan Petronas,tapi tak semena-mena kerajaan
pusat yang mengada ngada campur tangan.Itulah penderaan yang paling besar dan gila kuasa yang paling gila telah berlaku dalam
sejarah pentadbiran negara ini.Malah dunia juga memerhati hal ini.Namum kerana butanya matahati pemimpin Umno,maka akan
buat apa saja,walaupun ia nya tidak bermaruah serta langsung tidak beratika.
        Namum begitu perkembangan mutakhir ini nampaknya bulan mengambang semakin terang di Terengganu,isu ini akan di bawa
ke mahkamah,biar rakyat menilai,mengikuti perjalanan perbicaraan itu nanti,sepertimana minatnya rakyat mengikut kes perbicaraan
DSAI.Kita langsung tidak gusar dengancerdiknya rakyat Malaysia hari ini.Semakin cerdik rakyat Malaysia sebenarnya semakin pupus penyokong umno.Walaupun mungkin keputusanya kelak tidak memihak kepada Kerajaan Terengganu,namum kesedaran atau mungkin ia salah satu mata pelajaran pendidikan kepada rakyat seluruh negara.Prestasi penyampaian rakyat didalam mata pelajaran kesedaran pertama telah iaitu kes DSAI amat memberansangkan.Hasilnya majoriti orang melayu berpehak kepada BA.
Sokongan Melayu kepada Umno tersangat pupus ,sepertimana pupusnya telor penyu di Rantau Abang Terengganu.
                Menyedari hakikat diatas maka ,Umno dan kerajaan pusat tidak mahu lagi sejarah hitam perjalanan pembicaraan DSAI
berulang,maka tidak boleh tidak mereka cuba memikirkan satu jalan untuk keluar dari kemelut ini.Kalau kes royalti dimenangi oleh
kerajaan pusat maka dunia semua tahu yang kerajaan Malaysia melanggari suatu perjanjian yang dibuat secara sah,semetelah
lagi kalau kes tersebut dimenangi kerajaan Terengganu.Maka untuk tidak terus imej pemimpin terus jatuh dan jatuh maka Umno
telah mencipta satu isu supaya orang melayu bersimpati denganya.Atas kesedaran perpecahan melayu kononya maka PAS telah
dijemput untuk berbincang mengatasi perkara tersebut.Bagi PAS berbicangan ini amat dialu alukan,ini kerana sebelum ini telah
beberapa kali PAS menhantar surat kepada Umno untuk bermuzakarah.Dikhabarkan bahawa antara agenda yang akan dibincang nanti adalah pemberian semula Wang royalti hasil Petrolium kepada Kerajaan Terengganu.Kononya atas rasa tanggujawab bahawa
Kerajaan Terengganu dimiliki oleh 100 % orang melayu maka hak itu akan dikembalikan.Kalangan pemimpin Umno Terengganu
amat tidak senang dengan cara ini.Biro penerangan Umno diarahkan supaya menyebarkan kononya PAS bersedia bersama Umno
seterusnya bersekutu didalam BN.Seterusnya beberapa jawatan penting dalam kabinet akan diperuntukkan kepada Pemimpin tertinggi PAS.Inilah kedudukan kekalutan dan delima Umno pada hari ini.Mereka memainkan isu ini,YB Dato'Presiden PAS dengan
tegas menjelaskan bahawa pemimpin PAS dan BA bersedia menyertai Kabinet sebaik sahaja keputusan Piliharaya yang akan datang diumukan dan ketika itu huruf BN telah bertukar menjadi BA.
 
 
 

singnal
Kementerian Penerangan..