ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU


Perpaduan Di Kelantan

Semalam 17 Disember merupakan hari kelakar agaknya di Kementerian Penerangan. Mana tidaknya, berita pukul 8 semalam sedikit sebanyak telah mempromosikan kerajaan pimpinan PAS di kelantan dengan secara tidak sengaja. Berita yang ingin dipaparkan ialah mengenai sekolah wasan yang di terima oleh semua pihak kononnya. Tetapi berita semalam telah menunjukkan secara tidak langsung bahawa masyarakat cina di kelantan hidup dalam keadaan aman dan sentosa, berbeza dengan apa yang didakwa oleh PM sebagai kucar kacir dan perkauman.
Saya tergelak besar mendengar berita semalam bukan kerana gembira, tetapi kerana kebodohan RTM menyiarkan temuramah seorang cikgu cina yang mengatakan bahawa kehidupan beliau dengan masyarakat melayu amat baik sehinggakan bila ada kenduri kendara beliau memang dijemput sama. Nah, lihatlah seluruh rakyat Malaysia, bukankah kerajaan pimpinan Tuan Guru amat bagus dan tinggi nilai sosialnya? RTM sendiri telah menayangkan temuramah tersebut dan ini telah membuktikan bahawa RTM sendiri bersetuju bahawa kerajaan pimpinan Tuan Guru lebih baik.

Bagi yang menonton berita semalam tentu tergelak besar juga kerana orang-orang UMNO khususnya semakin bebal dalam mencari strategi untuk menewaskan Barisan Alternatif sehinggakan kesilapan yang remeh macam itu pun boleh berlaku.
 
 

Amangkuratus