TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN
tinta_hijau@hotmail.com

PENAKUT ATAU PENYABAR
"Kalau dapatlah, aku penggal2 leher diaorang. Kalau dapat senapang
lagi baik tembak aje antara dua biji mata biar bersepai otak2 depa
macam jelly!!!"

Begitulah bunyinya denyutan dalam saraf kebanyakan orang kalau sudah
marah sangat, seperti bila diumumkan angka 9 tu (lebih 1 dari tekaan
dalam mail ambo yang lepas). Malah kalaulah orang boleh dihukum
kerana imaginasi mereka, penjara sebesar KL mungkin penuh dengan
orang berfikiran brutal.

Tapi soalannya apa yang menghalang? Apakah kerana kita ni penakut
atau penyabar? Puzzle ni biar ambo cuba jawab sikit dulu:

1. Sebab kita rasa kita ni tak cukup baik lagi. Dosa banyak sangat.
   Kalau mati hari ni, dacing kemungkinan besar condong kekiri.
2. Anak2 kecik lagi. Bini pulak tak kerja. Kalau mati kita, sapa
   nak menyekolahkan anak2, didik mereka jadi orang soleh, janda
   kita tu sapa nak kebas, kena pak-tiri baik oklah anak2, kena
   penyangak, kacau bilaulah mereka.
3. Hutang banyak pulak tu, bini tak kerja, balik ke pondok buruk
   pesaka tok nenek dikampunglah jawabnya.  Apo nak jadi dengan
   anak2 - asyik lastik burunglah jawabnya.
4. Bagi yang belum kawin pulak....."korang seronoklah cakap pasal
   berkorban sana berkorban sini pasai korang dah korban teruna
   dara. Kami yang masih teruna dara ni, nak juga korban bebenda
   tu dulu baru boleh cakap pasal korban akbar".
5. Aku baru signed sales & purchase agreement beli rumah. Bini aku
   bukan tau bab2 legal ni. Mati aku, sapa nak handle...
6. Lagipun, kita kena ada strategi.  Tak boleh hentam keromo aje.
7. Aku bukan tau bersilat. Hayun golok tebas pokok pun tak pernah.
   Macam mana nak tebas tengkuk.
8. DLL.

Itulah antara bebenda yang menghalang akan perlaksanaan imaginasi
diatas sana tu yang menampakkan kita jadi penakut. Mungkin banyak
lagi. Bijakpandai ada kata "Orang takut mati kerana orang giat
membangun dunia.  Mati itu bagi mereka satu kemusnahan. Mereka tak
mahu berpindah dari pembangunan kepada kemusnahan."

Penyabar? Ambo tak fikir kebanyakan kita ni penyabar. Tak percaya
cuba orang potong kereta kita secara mengejut hingga kita terkejut
beruk. Mungkin kita akan marah macam beruk jantan. Masa tu mungkin
kita sanggup mati "syahid" untuk mengajar si kurang ajar tu.

Pokoknya; persiapan dalaman terlalu perlu. Bila dalam elok,
kewaswasan seperti diatas (contoh) mungkin berkurang dan hilang.
Persiapan fizikal pun perlu. Bukankah mukmin yang kuat itu lebih
baik dari mukmin yang lemah. Mungkin kebanyakan melayu kini tidak
dipersiapkan sebegitu - satu kesilapan.  Itu pasal kita kena didik
anak2 kita supaya tidak lebihkan melayu dari Islam. Generasi kita
mungkin longlai. Mudah2an kesilapan ini tak diteruskan kepada
generasi anak kita.

Walaubagaimanapun, tidaklah bererti kita tunggu tengok saja. Kalau
perlu asah parang, kita kena asah walaupun kita hanya tau langkah
silat pulut.  Kalau ada semak samun atau penyemak penyamun yang
perlu ditebas kita kena tebas.  Kalau kita mati pun apa boleh buat -
ajal dah sampai. Sembunyi dalam almaripun boleh mati. Lagipun bak
kata pepatah ambo "Biar mati kita, jangan mati anak". Mudah2an doa
anak2 kita boleh menokoknambah mana yang kurang dari amalan kita.
Allahuakbar....begitulah gamaknya.

Sekian

    Dipetik dari HizbiNet