ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

Saifudin calon BA di Lunas

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Setelah mempertimbangkan dari pelbagai sudut dan kepentingan pelbagai pihak, pemimpin Barisan Alternatif (BA) memutuskan untuk meletak Ahli Majlis Tertinggi (MT) Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail sebagai calonnya.
Dengan ini, Saifudin akan menentang S.Anthonysamy, Penolong Setiausaha MIC Kedah yang akan dicalonkan oleh BN dalam pilihan raya kecil ini.
Seorang pemimpin veteran MIC tempatan, E Kumarasamy, 46, yang tidak berpuashati dengan MIC dan BN sebelum ini memaklumkan beliau akan bertanding sebagai calon bebas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 21 November ini sebagai hari penamaan calon manakala hari pengundian adalah 29 November.
Saifudin, sebelum menyertai Keadilan adalah Penolong Setiausaha Pemuda Umno Malaysia.
Beliau adalah bekas pemimpin mahasiswa yang berkarisma tinggi dan petah berhujjah.
PAS dan DAP telah memberikan jaminan mereka akan memasti kesemua jentera parti digerakkan bagi memastikan kejayaan calon BA dalam pilihan raya kecil ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon DAP kalah kepada calon BA, Dr Joe Fernandez dengan majoriti lebih dari 4,000.
Dr Joe telah mati ditembak dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam minggu lalu.