Make your own free website on Tripod.com
 
 

 
Ustaz Shamsuri dibebaskan

TASEK GELUGOR, 8 Sept - Pendakwa bebas, Ustaz Shamsuri Haji Ahmad bebas tanpa syarat setelah ditahan lebih dari 20 hari di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang dan kini mula menjalankan tugasnya semula sebagai pensyarah di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Kepala Batas.

Mengenai kuliah bulanannya di masjid-masjid setakat ini beliau belum memulakan kerana merehatkan diri selepas ditekan dengan pelbagai persoalan kerana kepetahan beliau menyampaikan ilmu Islam di masjid dan surau.

Beliau ditahan di kediamannya di Taman Sepadu Tasek Gelugor pada jam 10.00 malam 29 Julai 2000 stelah kembali brsama keluarga dari melawat majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang tanpa mengetahui kesalahan yang telah dilakukan.

Orang ramai berharap beliau menyambung kuliahnya seperti biasa kerana tekanan dan ugutan adalah mainan pemerintahan yang zalim sejak dulu lagi dan berharap beliau terus bertekad berkata benar walaupun pada pemerintah yang zalim dan menyeleweng.

"Saya yakin Ustaz Shamsuri akan menyambung kuliahnya seperti biasa tidak lama lagi kerana buat masa ini biarlah beliau rehatkan diri buat sementara," harap salah seorang anak muridnya di Permatang Pauh.

Dipetik dari : Harakahdaily