Make your own free website on Tripod.com

 
 
 

 

 SEKTOR PERIKANAN DIGALAKAN BERPESATUAN
 DUNGUN: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan dan Ternakan negeri, Ustaz Abu Bakar
 Chik berkata, bantuan lebih mudah disalurkan melalui persatuan. 
 Sehubungan itu, katanya, mereka yang terlibat dengan aktiviti nelayan seperti peniaga ikan,
 dagangan dan lain-lain perlu menubuhkan persatuan bagi memudahkan berurusan.
 "Buat persatuan dan sertai supaya urusan lebih mudah," ujarnya ketika menjawab pertanyaan
 peserta pada Majlis Dialog yang diadakan di Kompleks Perikanan Dungun, di sini, Sabtu lalu.
 Katanya, bantuan lebih mudah disalurkan melalui persatuan daripada individu. 
 Begitu juga, katanya permasalahan yang timbul lebih mudah diselesaikan melalui persatuan
 daripada hanya melibatkan individu sahaja. 
 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna, Haji
 Mohd Azbul Wahid Endut yang menjawab persoalan peserta juga menekankan perkara yang sama
 terutama yang melibatkan para peniaga. 

 

TERENGGANU DARUL IMAN®