PMINT DAN SYARIKAT-SYARIKAT ANAK TIDAK DISIASAT KE ?

Pendahuluan
Salah satu saluran pelaburan kerajaan negeri Terengganu Darul Iman ialah melalui Perbadanan
Memajukan Iktisas Negeri Terengganu [ PMINT ] menerusi syarikat - syarikat anak seperti Babena,
Hubungan Raya, Permint Engineering, Gabungan Quary, Permint Sutera Semai dll.

Hasil royalti minyak yang diperolehi oleh kerajaan negeri telah dilaburkan ke dalam syarikat -
syarikat anak, samada pelaburan di dalam projek - projek kerajaan negeri di dalam negeri sendiri
atau projek - projek luar.

Dengan harapan, melalui pelaburan ini, dapat menghasilkan keuntungan demi untuk manfaat rakyat
di negeri ini. Apakah itu berlaku ? Apakah selama ini, syarikat - syarikat anak PMINT ini
menghasilkan keuntungan yang sepatutnya seperti yang diharapkan ?

Menurut maklumat yang ada, kebanyakan syarikat - syarikat anak PMINT ini rugi  jutaan ringgit
setiap tahun, dalam keadaan kontrak yang bernilai ratusan juta ringgit diberikan. Tidak logik
dek akal bukan ! Berniaga dengan kerajaan negeri boleh rugi ?. Mana mungkin. Dahlah dapat projek
tidak mengikut prosidur yang betul, tidak ada rudningan harga pun, pakai serah saja . Yang
pastinya , soal harga kerja sudah tidak timbul, tentunya tinggi , jauh  melebehi daripada kaedah
sekiranya diadakan tender secara terbuka. Tapi masih boleh rugi. Maknanya tidak untung - untung
lah . Pulus sokmo.

Heh !!! takkanlah pegawai dan kakitangan syarikat - syarikat anak seperti Babena, Hubungan Raya
dan Permint Engineering tidak berkelayakan ? ATAU tidak reti buat kerja ? ATAU  tidak layak
menduduki kjawatan tersebut ?. Tapi kalau diandaikan tidak layak, macam mana boleh duduk di
sesuatu jawatan itu. ? Pelik bukan ? Tapi itulah realitinya !.
ATAU mungkin berlaku penyelewengan di sana - sini ATAU projek yang yang diperolehi diserahkan
pula kepda syarikat - syarikat lain yang merupakan kroni kepada pemimpin tertinggi kerajaan
negeri, termasuk EXCO dan wakil - wakil rakyat. Dalam ini, mungkin berlaku nepotisma dan
kronisma di sini ?

Sebenarnya untuk mendapatkan kepastian, kita boleh semak dan teliti syarikat - syarikat mana
yang selalunya mendapat sub-kontrak kepada kerja - kerja yang diberikan oleh kerajaan negeri
kepada syarikat - syarikat anaknya.

Menurut maklumat yang ada, projek - projek yang berkaitan dengan kerajaan negeri yang diserahkan
kepada syarikat - syarikat anak PMINT,  tidak mungkin akan rugi, malah sangat menguntungkan
kiranya diurus dan dijalankan seperti yang sepatutnya.

Sebagai contoh, Babena, Hubungan Raya  dan Permint Engineering telah diberikan kontrak membina
pelbagai projek kerajaan negeri seperti Projek Bekalan Air Ke Pulau Redang, Kampus TATI,
International College of Terengganu  dan  Bangunan Mahkamah Syariah. Projek - projek ini menelan
belanja ratusan juta ringgit,,, tetapi syarikat ini masih rugi jutaan ringgit setiap tahun,
berkumpul -kumpul kerugiannya.

Malah, kebanyakan syarikat - syarikat anak yang rugi setiap tahun ini, telah diberikan suntikan
modal tambahan, untuk membolehkan ianya terus berdaya maju, tapi masih juga rugi. Tak tahulah
macam mana ia dikendalikan.

Sebagai rakyat yang perihatin dan terbiar serta tidak mendapat apa - apa manfaat dari royalti
minyak yang diterima setiap tahun, saya dengan ini mencadangkan beberapa langkah yang penting
yang perlu disegerakan, iaitu ;-

Pertama, Tun Salleh Abas, iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, EXCO Tugas - tugas Khas,
yang bertanggungjawab di dalam pasukan hisbah disyorkan supaya memberi keutamaan penyiasatan ke
atas PMINT dan syarikat - syarikat anak [ khususnya Babena, Hubungan Raya dan Permint
Engineering.]. Ia hendaklah melibatkan pengurusan peringkat tertinggi [ terutamanya Pengurus
Besar, Pegawai Tadbir, Pengarah Urusan, Akauntan, Jurutera, Arkitek dan QS serta lain - lain.]
Walaupun sibuk di dalam tugas - tugas yang sedia ada, tapi hal - hal yang berkaitan dengan PMINT
dan syarikat - syarikat anak juga perlu diberi perhatian. Wujudkan lebih banyak pasukan
penyiasatan. Kalau tak cukup pegawai dan kakitangan kerajaan negeri , gunakan pasukan luar.

Bukan apa, sebenarnya dikhuatiri, jika lambat sangat bertindak , semua fail - fail dan dokumen
sulit yang melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa pentadbiran dahulu telah hilang atau
dimusnahkan. Ini adalah suatu kerugian kepada rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Khazanah
negeri tidak diurus secara yang jujur dan bertanggungjawab.

KEDUA, Semua syarikat - syarikat anak PMINT dan Ibu pejabat PMINT hendaklah disusun semula.

KETIGA, Dedahkan semua hasil siasatan kepada orang ramai, khususnya rakyat Terengganu. Rakyat
berhak tahu bagaimana hasil negeri, khususnya, royalti minyak dibelanjakan sejak 20 tahun lalu
di bawah pemerintahan Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Bin Wan
Ahmad.

Tindakan yang diambil bukan bermaksud dendam, tapi satu keperluan. Perkara yang salah tidak
harus dibiarkan berlalu begitu saja.