HARAPAN RAKYAT TERHADAP KEADILAN DAN PEMBELAAN KERAJAAN BARISAN ALTERNATIF
       DALAM MENGISI ASPIRASI RAKYAT.     
         
 
 
  
       Tun Yang di Pertua, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menjunjung kasih terhadap
       YDP Sultan Terengganu akan peranan baginda untuk mempastikan kelancaran peralihan
       pemerintahan kerajaan sesuai dengan kehendak rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Justeru itu,
       kerajaan Barisan Alternatif, pimpinan PAS di negeri Terengganu bersama-sama dengan rakan
       Alternatif telah pun berusaha untuk memperkotakan janji-janji kami dalam menifesto pilihanraya
       yang lalu dengan menghapuskan cukai pintu dan tanah, menghapuskan pembayaran tol, bekerja 5
       hari seminggu serta perlaksanaan 3 bulan cuti bersalin. Kalau pun kita sedar akan segala usaha
       jahat pihak media perdana untuk memburuk-burukkan prestasi kerajaan Terengganu, namun kita
       tahu rakyat menyambut baik segala usaha pembelaan rakyat dan memaafkan apa jua kekeliruaan
       atau kekurangan yang terbit dari penyelewengan penyampaian media khususnya tentang isu kharaj.
       Rakyat sedar akan tuntutan kerja yang perlu digemblengkan untuk menggerakkan pembangunan
       negeri Terengganu yang mesti bermula dengan usaha pembersihan sebeleum Pelan Tindakan Induk
       pembangunan negeri dapat dilancarkan dengan berkesan. 

       Dalam pada itu, kita juga mahu kerajaan baru ini bermula dalam keadaan meyakinkan setiap lapisan
       masyarakat. Penubuhan Jawatankuasa Hisbah oleh Kerajaan Negeri Terengganu harus dilihat secara
       positif dan bukan untuk mencari keaiban mana-mana pihak. Seandainya Kerajaan Negeri mengambil
       langkah menyiasat sebarang bentuk penyelewengan dalam kerajaan sebelum ini, ianya tidak boleh
       dianggap sebagai langkah membalas dendam tetapi adalah untuk menyempurnakan tugasnya
       kepada rakyat. 

       Tun Yang DiPertua, merujuk kepada Titah YDP Agung, saya ingin untuk menyambut cadangan
       bahawa Fatwa Palsu perlu dibenteras. Mungkin Menteri yangv telah membangkitkan perkara ini
       kurang ,emyedari bahawa mengikut Enakmen dan Aklta Pentadbiran Undang-Undang Isalm di
       Malaysia, abahawa hanya fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti yang telah diwartakan sahaja yang dia
       nggap sah sebagai Fatwa. Maka PAS secara khususnya ingin untuk diberi keterangan akan Fatwa
       yang didakwa dikeluarkan oleh pihak Parti Islam SeMalaysia, PAS. Jika ia tidak dapat dibuktikan
       maka PAS meminta supaya menteri memohon maaf secara terbuka atas dakwaan dan tuduhan yang
       mengelirukan dan palsu ini. 

       Kita juga bersetuju supaya masjid tidak dipolitikkan dan kekal sebagai mimbar yang menganjurkan
       perintah Allah SWT –Al-Amru bilMa’ruf wa Nahyu annil Mungkar. (kes khutbah Dato’ Hamid Zainal
       Abidin dimasjid negara). Masjid harus menjadi tempat untuk menegur segala kemungkaran yang
       berlaku di sekeliling kita termasuk amalan judi, riba’, penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya.
       Apa yang berlaku di Masjid Negara sebelum pilihanraya yang lalu itulah contoh bagaimana mimbar
       masjid dipolitikkan sehingga menimbulkan pepecahan jamaah

   Teks ucapan penuh boleh didapati di laman PAS pusat