TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"
tinta_hijau@hotmail.com

Keputusan sejarah hitam kehakiman

     Harakah

     PAS menganggap keputusan kes Anwar Ibrahim hari ini menandakan kemuncak sejarah hitam yang menyelubungi
     sistem kehakiman negara ini.

     Presidennya, Dato' Fadzil Noor yang juga Ketua Pembangkang berkata, rakyat telah menjangkakan keputusan yang
     akan dibuat terhadap Anwar namun hukuman berat yang dijatuhkan amat mengejutkan.

     "Ia sekaligus mengesahkan andaian ada pihak yang mahu memadamkan terus perjuangan politik Anwar menerusi
     satu konspirasi politik", katanya dalam kenyataan akhbar.

     Menurutnya, keputusan hari ini bukan satu kekalahan bagi Anwar tetapi adalah kekalahan bagi Mahathir kerana
     beliau tidak berani menghadapi kenyataan.

     "Jika beliau benar, sepatutnya beliau berdepan dengan Anwar di mahkamah, sebaliknya Mahathir menikus dengan
     memperalatkan mahkamah," ujarnya.

     Beliau meminta rakyat mendoakan agar Allah memberikan kekuatan kepada isterinya, Wan Azizah Wan Ismail dan
     anak-anaknya agar mampu menerima hukuman itu sebagai ujian.

     Beliau juga menyeru agar segenap lapisan masyarakat meneruskan perjuangan untuk membebaskan negara ini
     daripada kerakusan seorang pemimpin yang gila kuasa dan tidak malu memperalatkan seluruh institusi negara
     khususnya polis dan mahkamah untuk mencapai niat jahatnya.

     Sementara itu, Presiden PRM, Dr Syed Husin Ali pula menyifatkan hukuman ke atas Anwar itu sebagai usaha untuk
     mengakhiri karier politik Anwar.

     "Tetapi kami percaya bahawa hukuman yang tidak adil itu bukan sahaja menjejaskan kredibiliti kerajaan dan
     kehakiman tetapi juga akan meningkatkan kemarahan rakyat terutamanya Melayu," katanya.

     Menurutnya, meskipun Anwar berada di Penjara Sungai Buloh tetapi ia akan tetapi menghantui Dr Mahathir yang
     semakin kehilangan kekuasaan.

     Dalam perkembangan berkaitan, Jawatankuasa Sosialis Antarabangsa Asia Pasifik yang dihadiri oleh pelbagai parti
     termasuk parti pemerintah dari New Zealand, Mongolia dan Nepal serta perwakilan parti dari Jepun, India, Pakistan,
     Filipina, Perancis, Itali, Sweden serta tetamu termasuk pemenang anugerah Nobel Prize Laureate and Menteri Luar
     Rimur Timor, Jose Ramos Horta, mengeluarkan kenyataan bersama yang melahirkan rasa kecewa dengan hukuman
     terhadap Anwar hari ini.

     Persidangan yang diadakan di Wellington, New Zealand itu turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Kit
     Siang itu.

     Di samping itu, pelbagai NGO termasuk Aliran dan Suaram turut mengeluarkan kenyataan yang mengkritik
     keputusan hukuman terhadap Anwar.