SEKAPUR SIREH
TERENGGANU DARULIMAN
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
ASSALAMUALAIKUM,
Kepada semua pengunjung yang berada dipelusuk
rantau..Pertama-tama kami ingin mengucapkan selamat
datang ke laman yang serba kekurangan ini.Namum
begitu kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia nya maka sebuah laman yang tidak seberapa ini dapat jua diterbitkan.
Sebenarnya laman ini mulanya diusahakan oleh salah seorang dari kami yang hanya untuk main-main sekadar mengisi masa yang terluang.Dengan tiada sedikit pun pengetahuan tentang pembikinan laman web,malah alam pc dan IT adalah terlalu baru buat beliau.Laman ini dilancarkan sendiri pertengahan september 1999 dengan seribu satu macam kelemahan serta kecacatan.
Pada mulanya laman ini dikenali TERENGGANU BARU.Nama tersebut diberikan atas dasar mengajak seluruh rakyat Terengganu menuju kearah Terengganu dibawah pentadbiran yang baru.
Hasil dari tunjuk ajar dari kawan-kawan sekeliling
terutama Dell,syed,bojeng,amirtahdll laman ini merangkak dari satu anak tangga ke satu anak tangga.Oleh kerana tangga tersebut terlalu tinggi,maka kami masih lagi berada dianak tangga kedua untuk sampai keanak tangga yang masih beribu-ribu.
         Sehinggalah Parlimen dan DUN dibubarkan laman ini  mendapat bantuan serta
berjaya  menubuhkan satu team yang mengendalikan laman ini.Kalau pengunjung masih ingat inilah satu-satunya laman yang terawal melancarkan Manifesto PAS Terengganu,sebelum ianya sampai ketangan Pengundi.
              Selepas sahaja  hari penamaan calon,kami menerima pelbagai bahan untuk dimuatkan dilaman ini.
Sehinggakan kami tidak tidur sepanjang malam hari.Malah kami bangga apabila tulisan dan imej yang kami pamparkan telah digunakan oleh PAS sebagai bahan kempen.
            Alhamdulillah syukur diatas kejayaan PAS menawan negeri Terengganu Darul Iman.Dengan sebuah kemenangan yang dianugerahkan olehNya
maka kami mengambil keputusan bahawa TERENGGANU BARU itu telah masak ranun,lalu kami
kami nama kan laman ini sebagai" TERENGGANU DARUL IMAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"Namum begitu sebahagian penginjung lama masih mengenali laman ini dengan nama asal.Ini mungkin nama lama masih terpahat disanubari pengunjung.
        Para pengunjung yang diberkati Allah,
Setelah berlalu beberapa bulan maka laman ini semakin mendapat tempat dihati pengunjung.Mereka dahaga berita serta gambaran sebenar apa yang berlaku di Daruil Iman yang bertuah ini.Pelabagi saranan serta permintaan yang sampai kepada kami.Mereka dahaga berita-berita terkini yang tidak disiarkan oleh media arus perdana.Malahan kami juga menerima pelbagai keluhan dan cemuhan.Inilah satu masalah besar antara beribu-beribu masalah yang kami hadapi.kami tidak mempunyai tenaga wartawan,kerana kerja ini bukan lah kerja yang mendapat habuan atau ganjaran,kami tidak
mampu untuk lakuakan itu semua........hanya tulisan yang dihantar melalui Email serta berita-berita yang diambil dari laman-laman lain sahaja yang mampu kamipamparkan.
Dikalangan kami langsung tiada pengalaman didalam bidang penulisan ,malah kami tidak pernah dilatih dan didedahkan dalam bidang tersebut.
Terkadang laman ini tidak dapat dikemaskini kerana kami ketandusan berita serta bahan.Namum kami tetap usaha dan terus usaha,paling tidak kami bertahan ditahap ini.
           Kami juga sering kali menerima kritikan yang pedas,atas usaha yang tidak seberapa ini,malah ada yang mencemuh kami kerana kami seringkali menyiarkan keritikan rakyat terhadap Pemerintah Negeri Terengganu.Sukacita kami maklumkan laman ini tidak terikat dengan mana-mana pehak,laman ini kami jadikan sebagai salah satu medan bagi rakyat menyahut
cabaran YAB TUAN GURU MB agar memberi teguran kerajaan yang ada.Maka laman ini adalah laman rakyat.
NAMUM kami yakin yang terus yakin suatu hari nanti
laman ini akan mampu mempersembahkan berita-berita
serta artikel terkini khasnya untuk negeri tercinta ini.

Sekian
tinta_hijau@hotmail.com
22022000.....11.15 mlm.