Make your own free website on Tripod.com
 




 

Penyelewengan Pengurusan Kewangan Negeri di Zaman BN

Boleh dikatakan kesemua anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu menghadapi masalah pengurusan kewangan yang tenat. Kalau pun tidak mengalami kerugian, anak-anak syarikat ini gagal memberikan pulangan hasil yang memuaskan, malah menjadi bebanan kepada kerajaan negeri. Di antara contoh menonjol ialah pembabitan pelaburan negeri di dalam beberapa syarikat berikut:

a. Gunawan Iron & Steel Sdn. Bhd.
Kerajaan Terengganu melalui anak syarikatnya Permodalan Terengganu Berhad (PTB) telah melabur dalam Syarikat Gunawan Iron & Steel sebanyak RM3.6 juta. Kerugian hasil pelaburan tersebut ialah sebanyak RM100 juta. Selain daripada itu, kerajaan negeri juga melalui Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu telah memberi jaminan kepada bank untuk syarikat tersebut sejumlah RM350 juta. Jumlah kerugian terkumpul akibat penutupan operasi Gunawan adalah lebih kurang RM453.6 juta.

b. Pembelian Pesawat Mediair
Mediair ialah anak syarikat kepada TDM  Berhad. Penubuhannya secara khusus untuk menjalankan operasi pesawat ambulan, kononnya untuk menyediakan perkhidmatan mengangkut orang-orang sakit dari kawasan pedalaman ke hospital-hospital di bandar secara cepat melalui udara. Pembiayaan pembelian pesawat itu pula dilakukan oleh Tabung Pendidikan Negeri (yang menerima wang tunai 10 peratus royalti petroleum daripada Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu), di atas hasrat menyewakannya kepada Mediair.

Tabung Pendidikan telah membeli pesawat terpakai (second hand) jenis Piper Chyne dengan harga RM6.9 juta. Sedangkan, harga sebuah pesawat baru jenis tersebut hanyalah US1.2 juta atau lebih kurang RM4 juta sahaja. Manakala sebuah pesawat second hand jenis tersebut bernilai hanya US200,000 atau sekitar RM800,000 sahaja. Ertinya telah berlaku penyelewengan dalam pembelian tersebut lebih RM6 juta. Di manakah kewajaran pembelian tersebut?

Apabila operasi Mediair mengalami kerugian, sewa yang dijanjikan kepada Tabung Pendidikan juga gagal disempurnakan.

c. Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.
Negeri Terengganu adalah pemegang 19 peratus saham dalam Syarikat Perwaja Terengganu (Perwaja Steel) Sdn. Bhd. Kerugian terkumpul Perwaja sehingga akhir tahun 1998 ialah berjumlah RM3.5 bilion. Sebagai pemegang saham, kerajaan negeri terpaksa turut menanggung kerugian berjumlah RM671,545,880.00.

d. Babena (Bekalan Air ke Pulau Redang)
Kerja-kerja memasang saluran paip dari Bukit Kemudu ke Pantai Penarik dan di dasar laut (rujuk 100 Isu)dari Penarik ke Pulau Redang telah dikontrakkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada anak syarikatnya yang bernama Babena Sdn. Bhd. Harga kontrak asal ialah sebanyak RM24.26 juta, tetapi berakhir dengan perbelanjaan berjumlah RM46 juta iaitu pertambahan lebih RM20 juta. Sejumlah RM11 juta dari pertambahan tersebut diperolehi melalui 10 variation order (V.O) atau perintah mengubah. Manakala RM9 juta lagi ialah bayaran exgratia (saguhati) kepada Babena dengan tidak ada apa-apa sebab langsung.

Apa yang lebih menyedihkan, perbelanjaan sebanyak itu hanya memberikan manfaat yang sedikit sahaja kepada rakyat (rujuk 100 Isu).

e. Sterling Hectars
Sterling Hectars, salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri telah membuat pembelian tanah yang agak misteri. Sebidang tanah terpencil seluas 498 ekar di kawasan perkuburan Cina dan tidak mempunyai laluan masuk melalui darat (hanya dapat sampai melalui helikopter) telah dibeli dengan harga RM46 juta atau RM92,369 seekar.  Tujuan pembelian amat tidak jelas. Bahkan, ia sekarang masih menjadi beban kepada kerajaan negeri kerana pembeliannya menggunakan wang pinjaman bank yang mesti dijelaskan. Manakala usaha menjual tanah tersebut amatlah sukar, kerana tidak ada pihak yang berminat membelinya.

f. Pembelian A&W (Singapore) Limited.
TDM Berhad telah membeli A&W Singapura daripada Scotts Investment (Singapore) Limited pada tahun 1997. Kerugian terkumpul A&W Singapura pada masa itu telah menjangkau S$49.1 juta, dengan jumlah tanggungan S$39.1 juta dan sedang menghadapi beberapa kes saman mahkamah kerana gagal menyelesaikan tanggungannya. Dalam ertikata yang lain A&W Singapura pada masa itu sudah pun muflis. Tetapi TDM tetap berkeputusan membelinya juga. Akibat pembelian tersebut, TDM terpaksa mengharungi tidak kurang daripada 43 kes saman mahkamah. Sebanyak RM14.2 juta pula dibelanjakan untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut. Manakala pinjaman bank yang dibuat untuk A&W Singapura pula berjumlah S$10.5 juta atau RM24.2 juta. Apakah rasionalnya TDM berkeputusan membeli syarikat yang begitu tenat keadaan kewangannya?

g. Pelangi Airways
Kerajaan negeri turut kehilangan pelaburan dalam syarikat penerbangan Pelangi Airways hampir RM500 juta.
 

spy bebas
Darul Iman