Make your own free website on Tripod.com
 


ROYALTI  :  KAMI BERSAMA TOK GURU


Budaya Kesetiaan Yang Berlebihan Berterusan
By Kapal Berita
22/11/2000 pm

Umumnya kedua2 berita dibawah ini sudah diketahui ramai atau diterjemahkan sebelum ini.
Saya tertarik dengan komen Shahrir Samad:
"To me, one of the party's mistakes in the past was to allow [party president] Dr Mahathir to play favourites,"
"Bagi saya, salah satu dari kesilapan parti waktu lepas ialah dengan membiarkan [president parti] Dr Mahathir meletak buah caturnya..."
Shahrir memberi contoh Anwar dalam hal ini. Kenapa Anwar sahaja? Bagaimana dengan orang lain yang tiba-tiba muncul. Bukankah itu semua angkara Mahathir juga?
Saya kira Shahrir tentu arif siapa lagi yang diangkat tiba-tiba oleh Mahathir. Dan mereka itu menjadi terlalu berkuasa setelah melangkah banyak kepala. Walaupun perlembagaan umno diubah sini sana, umno memberi terlalu banyak ruang untuk sistem oligarki (sekumpulan mastermind bermaharajalela) secara berlebihan sehingga akhirnya mereka sendiri menjadi ketakutan kalau2 disisihkan jika terkata sebarang pandangan. Termasuk Shahrir sendiri yg memilih Anwar dalam temubual itu.
Sebagai seorang yang agak matang, saya rasa tidak salah jika kita menggangap Shahrir sebenarnya sengaja meletakkan nama Anwar dalam temubual itu kerana nama-nama lain nanti akan 'panas telinga'. Soalnya, apakah ahli-ahli umno yang berjuta itu mampu memahaminya. Kebebalan mereka telah melebihi prinsip yang asyik mereka laung-laungkan itu. Ramai pemimpin umno lebih banyak mahu menjaga sokongan orang bawahannya daripada melakukan sesuatu yang lebih baik untuk parti mereka. Mereka berkorban dan setia kepada pemimpin - bukan kepada perjuangan. Inilah generasi baru(a) yang kini sedang di'latih' oleh Mahathir untuk mewarisi pemerintahan di Malaysia. Jangan terkejut jika mereka semua liar juga walaupun Mahathir tiada. Kerana budaya 'kesetiaan' kepada pemimpin itu sudah melebihi segala-galanya, walaupun pemimpin mereka sendiri melanggar batas-batas ugama.