TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"
tinta_hijau@hotmail.com

2000 berkumpul di Penjara Sungai Buloh
sumber :  Harakah

   SUNGAI BULOH, 13 Ogos - Kira-kira 2000 penyokong Anwar Ibrahim
berkumpul di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh untuk menyambut
harijadi Anwar di sini hari ini.

   Kumpulan itu yang berkonvoi kira-kira 200 kenderaan tiba tengahari tadi di penjara itu.

   Mereka berkumpul di hadapan penjara dan melaungkan "Reformasi", "Undur Mahathir" dan
"Demokrasi" dalam perhimpunan itu.

   Kumpulan itu diketuai oleh Wan Azizah dan disertai oleh pimpinan BA yang lain juga
membawa sepanduk "Selamat Hari Jadi Anwar," Bebaskan Kehakiman" dan sebagainya.

   Ketua Pemuda Keadilan Mohamad Ezam Mohamad Nor kemudiaan membacakan doa dan
melepaskan enam ekor burung sebagai tanda kebebasan.

   Wan Azizah, yang sampai kira-kira sejam kemudian juga membawa empat anaknya
serta ayah dan bapa mertuanya.