KEKELIRUAN 
PUSAT SIVIK SEBERANG TAKIR
     Kisah kononya jawatankuasa khairat seberang Takir Kuala Terengganu tidak dapat menggunakan Pusat sivik Seberang Takir untuk majlis mesyuarat agong tahunan baru-baru ini amat melucukan.Malahan ianya membogelkan sendiri sikap mereka selama ini.Umum telah mengetahui secara totok bahawa pertubuhan tersebut telah dikuasai oleh UMNO selama ini.Malah 
majlis perasmian mesyuarat tersebut juga dijadual oleh YB Rashid Ngah.
            Antara tujuan utama majlis tersebut dibuat adalah untuk mengumpul semula bekas penyokong UMNO yang telah meninggalkan UMNO.Setelah mereka menyedari pengaruh UMNO di Sekitar seberang Takir semakin malap.Mereka menggunakan badan bukan kerajaan sahaja lah untuk mempengaruhi rakyat serta mengembalikan semula semangat UMNO setelah program yang dianjurkan oleh UMNO tidak mendapat sambutan yang memberangsankan seperti sebelum ini.
       Walaupun BN masih mampu menawan DUN seberang takir'
namum jumalah majoriti amat mencemaskan Rashid Ngah.Beliau menang tipis dengan hanya 500 lebih berbanding tahun 1995 beliau menang dengan majoriti 3000 lebih,bayangkan berapa ramai pengundi telah berubah.Sebenarnya dalam pilihanray umum 1999
PAS memenangi kesemua 5 petiundi rakyat'walaupun sebelum ini PAS tidak pernah memenangi satu petiundi pun di DUN tersebut.PAS cuma tewas selepas petiundi pos dikira.Atas rasa cemas tersebut lah UMNO telah mencari pelbagai isu untuk mendapati simpati rakyat melalui NGO,kononya kerajaan PAS
membuat zalim terhadap badan bukan kerajaan.
         Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca sekelian Dewan Sivik itu terletak dibawah bidang kuasa MPKT,maka apajua
yang bertkaitan dengan penggunaan dewan tersebut mestilah
mendapat kelulusan bertulis dari Yang Dipertua MPKT atau wakilnya.
            Oleh kerana selama ini UMNO menggunakan Pusat sivik serta dewan orangramai dengan sewenang-wenangnya,mereka masuk bagai kan dewan tidak bertuan , samatelah lagi membayar sewa.Selama UMNO menggunakan Dewan Sivik disegenap daerah di negeri ini,menurut rekod yang diperolehi tiada satu sen pun dibuat bayaran sewaan.Atas rasa atau mungkin lupa yang UMNO sekarang bukan lagi kerajaan ,mereka cuba mengamalkan tradisi mereka selama ini.......tip top tip top......la rupa nya dewan ni hak kerajaan negeri...bukan hak UMNO.Apabila tiba hari mesyuarat tersebut dijadualkan maka mereka datang tanpa sebarang permohonan,jadi dewan tewrsebut tidak boleh lagi dicerobohi seperti dulu...
 

Ingatlah sikit ...dulu pagar dewan koyak demo boleh ceroboh ikut sir....tapi le ning PAS dah bek ki pagor tu...nok masuk ikut pintu depangla.......