Make your own free website on Tripod.com
SATU SURUHANJAYA DIMINTA DIBENTUK UNTUK SIASAT
 PENYELEWENGAN
 
 KUALA TERENGGANU, 22 Dis-- Kerajaan Pas
 Terengganu hari ini diminta membentuk satu suruhanjaya bebas
 untuk menyiasat penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh
 kerajaan sebelum ini.

 Saiful Bahri Mamat (Pas-Paka) ketika membuat cadangan itu
 berkata pembentukan suruhanjaya berkenaan perlu bagi
 memastikan mereka yang menyeleweng dikenakan tindakan tegas
 dan memastikan penyelewengan tidak berlaku pada masa hadapan.
 

 Beliau berkata kerajaan negeri juga perlu membangunkan industri
 pelancongan mengikut lunas-lunas Islam dan membentuk imej
 agama di kalangan masyarakat.

 "Selain itu, kita perlu sisihkan perkara-perkara yang mendapat
 kemurkaan Allah, antaranya membuang patung-patung seperti
 patung penyu di bulatan Ladang serta patung sotong dan udang di
 Marang," katanya pada perbahasan Belanjawan negeri di
 persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini.

 Saiful Bahri, yang juga Naib Ketua Pemuda Pas, berkata kerajaan
 negeri juga perlu meningkatkan pelaburan negeri terutama dalam
 bidang petroleum dan gas.