Make your own free website on Tripod.com
 


ROYALTI  :  KAMI BERSAMA TOK GURU

 

Syed Azman :Umno politikkan sekolah di Terengganu

Kuala LUMPUR, 22 Nov (hrkh) - Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Kuala Terengganu) mendedahkan terdapat pihak Umno di Terengganu mempolitikkan sekolah di negeri itu sebaliknya Ahli Parlimen di Terengganu yang mahu membantu sekolah ditolak.

"Adakah beliau sedar di Terengganu sekarang ini sekolah telah digunakan sebagai platform untuk Umno mengadakan program, malahan guru dipaksa hadir ke program di sekolah di Terengganu. Sebagai contohnya saya telah menghantar surat kepada Kementerian Pendidikan Terengganu untuk membuat beberapa sekolah angkat di kawasan Parlimen saya tetapi permohonan saya ditolak sedangkan Umno dibenarkan untuk mengadakan sekolah angkat untuk membantu terutamanya mereka yang memerlukan bantuan," soal beliau kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato' Mahadzir Mohd Khir.

Beliau juga memberitahu tentang program di sekolah kawasan Parlimen beliau di mana beliau tidak dibenarkan untuk hadir sama sekali malahan untuk membuat lawatan rasmi pun tidak dibenarkan.

"Apakah ini suatu yang logik? Siapa sebenarnya yang bermain politik dalam hal pendidikan ini," soalnya ketika mengemukakan soalan tambahan.

Sebaliknya Mahadzir berkata pihak beliau dan Umno tidak bermain politik dan pihak Umno yang pergi ke situ sebagai wakil kerajaan.

Mahadzir kemudiannya menuduh PAS sebagai pihak kerajaan di negeri itu yang kerap kali menyalahgunakan kedudukan dan keadaan yang sebenarnya.

"Saya berharaplah permohonan itu dan mereka ada hak untuk sama ada menerima jemputan itu ataupun tidak. Itu hak mereka (sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri), kita tidak pernah pun keluar apa-apa arahan," katanya.