:


SO(Settelment officer/Pegawai penempatan) TERABAI PERLU PEMBELAAN



Assalaamualikum !!

keluhan/pandangan ini perlu pembelaan/perhatian dari pehak berkaitan jika benar dan perlu.( kerajaan negeri Terengganu )
SO mempunyai sejarahnya yang tersendiri,disini dipaparkan sebahagian sahaja,bagi makluman awal tahun 1997 ,seluruh SO semenanjung di warkan dengan pembetulan gred dalam kedudukan jawatan sebenar yang mana memberi kelebihan dari segi imej dan tangga gaji berbanding yang sedia ada.Oleh kerana negara dilanda kegawatan ekonomi,maka pehak JPA tak dapat selaraskan apa yang diwarkan itu.Kegembiraan kaum SO gawat sama dan mati disitu.
Tiba-tiba pada pemilu 1999 Terengganu Darul Iman,telah diberi perentah/teraju oleh rakyat kepada parti PAS tercinta,yang mana 85 % kaum SO sangat gembira tidak terhingga.Dalam tahun 2000,kesatuan SO Terengganu mengadakan mesyuarat agung,di pejabat tanah Besut,yang mana beberapa orang YB hadir termasuk YB Wan Mutalib bin Embong,di sini beliau memberi semangat baru kepada kesatuan iaitu memberi ruang/peluang untuk kesatuan berbincang,berunding atau apa-apa yang munasabah dengan kerajaan Negeri dalam hal delima SO berkaitan silap kedudukan gred dibawah SSB akan diberi keutamaan.Katanya lagi usahlah menuntut dengan JPA di pusat kerana beliau memahami kerenah-kerenah birokrasi masakini.Tetapi malangnya pimpinan baru dalam kesatuan tidak endah atau tidak memahami situasi yang perlu digaraj sebaik mungkin.Bagi saya ini tidak harus berlaku dan berulang.
Tiba-tiba negeri dikejutan rompakan besar dari pusat terhadap royalti minyak malang sungguh nasib negeri dan rakyatnya termasuk kaum SO yang mana rentetan peristiwa besar ini,permulaan menghadapi kerja pada tahun baru 2001, SO MARANG tidak dibekalkan dairi resmi sebagai kakitangan kerajaan negeri Terengganu Darul Ehsan.Sedia maklum SO,kerja resminya sebahagian diluar pejabat dan berurusan dengan pemohon-pemohon tanah,dengan lain-lain jabatan,dengan pelbagai arahan resmi ketua jabatan dan sebagainya,yang mana semua itu terlibat dengan temu janji-temu janji resmi,di sinilah mustahaknya dairi resmi.Ada yang memaklumkan JSR di bekalkan dairi resmi hingga berlebihan,ada yang kata lagi dekat Majlis Daerah dibekalkan juga berlebihan hingga ke pelayan pejabat tidak ketinggalan dan kerani-kerani ada yang boleh dapat berlebihan.Mungkin setengah pehak menganggap kaum SO tidak berapa penting dan ada menganggap kaum SO sebagai TULANG BELAKANG KERAJAAN/NADI HASIL PEJABAT TANAH.Saya sesuaikan kaum SO ini sebagai TULANG BELAKANG SOTONG MUNASABAH DENGAN KAUM SO DI MARANG ( dilaut berguna didarat di buang kecuali tukang emas tradisi sekarang moden dah lain dah di abai@dipinggirkan.)
Terbaru,oleh kerana serbaserbi GAWAT,kaum SO MARANG dalam tuntutan elaun perjalanan kerja resminya diluar pejabat telah di ambil keputusan sebulan tidak lebih RM 60.00 tunai ( bertuntut )dan kaum SO didaerah lain ada yang RM 100/90/80 dan macam-macam harga.Saya dikabarkan elaun iman,bilal,pengerusi JSR dan timbalannya dan penerima kebajikan dll dinaikan adakah kaum SO tidak boleh turut serta dalam hal kenaikan ini.Saya terlalu bimbang kepada kesan jangka pendek dan panjang.Bagi makluman SO jarang memiliki kenderaan baru,disinilah perlu diberi perhatian dan kajian semula kewajaran.sebab bila terlibat kerja luar,kenderaan perlu di isi minyak petrol dan sekali-sekala kenderaan itu perlu penyelegaraannya bagaimana wajar elaunnya RM 60.00.Sedangkan kerja luar perlu dibereskan kerana boleh mecepatkan proses setiap permohonan bagi tujuan menyegerakan kearah penhasilan premium tanah dan seterusnya menyegerakan hasil negeri bagi mengantikan kehilangan royalti yang telah dirompak lanun hidung besar dari wilayah persekutuan darul iman/ehsan.Macam mana ??? sepatutnya kaum SO di beri ruang supaya boleh menjalankan tugas dengan selesa dan memberi sumbangan yang besar kepada kerajaan.Bagaimana sekiranya kaum SO bertugas ala kadar,yang mana semua ini membabitkan orang ramai yakni rakyat,semuanya berjalan sangat perlahan sudah tentu semua jenis hasil didapati perlahan dan sedikit.
Saya sangat mengharap pehak berwajib,prihatin dan mengambil sesuatu yang sewajarnya dalam kadar masa yang munasabah bagi menlahirkan kemakmuran kepada semua pehak.
Akhir kata,mohon maaf jika semua ini tidak sesuai kepada pehak atau keadaan.
sekian.terimakaseh.

Oleh :
PEDIH MATA/PEDIH TELINGA
 

*Ulasan:

Maklumat dari pengunjung menytakan bahawa JSR dibekalkan dengan dairy rasmi yang berlebihan amatlah tidak tepat.
Untuk maklumat penulis sesungguh banyak kampung tidak dibekalkan dengan dairi rasmi,atas rasa tanggujawab diberitakan
bahawa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah menempah 1000 (seribu ) Buah dairy rasmi PAS untuk dibekalkan
kepada JSR.Walaupun begitu kami (tinta_hijau)amat bersimpati dengan keluhan yang lain,semoga SO Marang mendapat perhatian sewajarnya sepertimana yang diharapkan.Salam hormat untuk Pak Ya, dll.