Kerugian Petronas Akibat Susut Nilai Matawang ? - Soalan YB. Abd Rahman Yusof (Kemaman,
                                      Terengganu 7/3/2000)

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih. Saya hendak bertanya, berapa exist loss ataupun kerugian yang
dialami oleh Petronas akibat daripada susutan nilai mata wang negara daripada pelaburan-pelaburan yang
dikeluarkan di luar negara, dan keduanya ialah sama ada Petronas akan membawa peniaga-peniaga tempatan untuk
pergi bersama-sama mereka di mana mereka melabur dalam membuat kerja-kerja yang mereka jalankan di luar
negara?

            Tan Sri Bernard Giluk Dompok: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempunyai maklumat yang terperinci
tentang kerugian yang dialami oleh Petronas atas kemerosotan Ringgit kita baru-baru ini. Tetapi saya ingin
maklumkan di Dewan ini bahawa harga minyak petroleum setong telah ‘menaiki’ hampir US$30 setong.

            Jadi bila Petronas telah membuat pelaburan di negara-negara asing, saya difahamkan bahawa harga
minyak itu adalah di lingkungan AS$18 hingga AS$20 se tong, jadi kalau pun ada kemerosotan daripada segi
pendapatan Petronas akibat kemerosotan nilai wang Malaysia, saya fikir semua ini mungkin sudah di neuteralissed
oleh kenaikan harga minyak se tong yang kita nikmati sekarang.

            Soal tentang syarikat-syarikat tempatan ataupun pengusaha-pengusaha tempatan untuk menjadi rakan
kongsi dengan Petronas di negara-negara di mana Petronas beroperasi, saya fikir pihak Petronas tidak mempunyai
halangan untuk mereka melabur dengan Petronas di mana Petronas ini mempunyai kepentingan dalam
syarikat-syairkat ataupun dalam penerokaan minyak di luar negara.