Make your own free website on Tripod.com
 

 
 
 

 

SOKONG SARANAN SITI MARDIAH
Saudara,

Cadangan saudari Siti Mardiah agar Mesyuarat Agong Cawangan PAS tahun
ini diwakili oleh Wakil Kerajaan amat tepat sekali. Ahli-ahli PAS,
khususnya, dan rakyat,amnya, ingin benar mendapat maklumat tepat
berkaitan dengan perancangan Kerajaan, terutama sekali maklumat-maklumat
yang ada hubung-kait terus dengan mereka seperti TANAH. Walaupun saudari
Siti Mardiah menyatakan bahwa Kawasan-Kawasan yang tidak dimenangi PAS
mempunyai masaalah sebegini, saya difahamkan bahwa ada di antara DUN
yang mempunyai Wakil Rakyat (YB) PAS pun ahli-ahli PAS masih
terkial-kial mencari maklumat hingga ada di antara mereka, ahli-ahli
yang bertindak mengikut selera dan masyarakat sekeliling tanpa menyedari
risiko tindakan mereka.

Satu contoh yang amat ketara di dalam hal maklumat perancangan Kerajaan
ialah terdapatnya di beberapa tempat di mana penerokaan tanah sedang
berjalan dengan rancaknya. Perkara ini, jika tidak disekat sekarang,
akan membawa kepada risiko hilang kepercayaan rakyat, ahli PAS
khususnya, terhadap Kerajaan. YB atau Penolongnya(PYB) seharusnya
menghentikan tindakan penerokaan haram yang berlaku di depan mata mereka
dengan segera. Siapa hendak kita harapkan untuk melaksanakan tindakan
sedemikian buat masa ini. Kejadian ini berlaku kerana masyarakat tidak
mempunyai maklumat tepat berkenaan perancangan Kerajaan. Kita janganlah
tunggu sampai parah baru nak bertindak atau mengharapkan pegawai
eksekutif Kerajaan untuk mengambil tindakan. Mereka hanya akan
melaksanakan sesuatu tindakan selepas Polisi (Dasar) Kerajaan di gubal
oleh orang-orang politik. Sebelum polisi itu wujud, maka adalah menjadi
tanggungjawab YB menasihati rakyat yang mereka wakili. Ikutlah contoh
yang ditunjukkan oleh YB Ustaz Haron Taib, seorang EXCO Kerajaan yang
pergi ke kawasannya untuk memberitahu rakyatnya supaya bersabar dalam
hal pemberian tanah. Syabas Ustaz.

Dengan hal yang demikian, jika sekiranya ada di kalangan
Pemimpin-Pemimpin PAS Terengganu membaca cadangan saudari Siti Mardiah,
harap mereka dapat melaksanakan cadangan itu setakat mana yang termampu,
kerana kesuntukan masa. Matlamat yang harus dicapai dengan cadangan
tersebut ialah menyebar maklumat tentang perancangan Kerajaan untuk
menghindar daripada berlakunya perkara-perkara yang akan menjejas imej
parti, seperti contoh yang saya sebut di atas.

Sekian, terima kasih.

Watchdog,
 
 

TERENGGANU DARUL IMAN®