SULTAN TERENGGANU SOLAT RAYA DI MASJID AL
 MUKTAFIBILLAH SHAH
 
 KUALA TERENGGANU, 5 Jan -- Sultan Terengganu akan
 berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al
 Muktafibillah Shah, Ladang di sini pada hari raya ini.

 Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang juga akan menunaikan solat
 sunat Hari Raya di masjid berkenaan, menurut jurucakap Pejabat
 Menteri Besar di sini hari ini.

 Jurucakap itu berkata solat sunat itu akan bermula pada pukul
 8.30 pagi.

 Beliau berkata Sultan kemudian akan berangkat menziarah makam
 ayahanda baginda di pekarangan masjid itu.

 Baginda kemudian akan berangkat ke Istana Maziah untuk
 mengadakan rumah terbuka hingga pukul 10.30 pagi.

 Jurucakap itu berkata Abdul Hadi juga akan mengadakan rumah
 terbuka di kediamannya di Kampung Rhu Sila, Marang selepas solat
 sunat Hari Raya.