Make your own free website on Tripod.com
 

ROYALTI  :  KAMI BERSAMA TOK GURU


 
 

Pegawai Kerajaan yang melampau

Oleh :  Spannar2000

Assalamualaikum,
Setelah hampir setahun kerajaan PAS mengambil alih teraju pemerintahan Terengganu.
Pelbagai usaha telah dilakukan didalam didalam membina kecermelangan ummat serta
pembinan Insan yang kamil.
Fokus tulisan saya kali ini,selepas berdiam diri pada suatu jangkamasa yang agak panjang
ialah kepada pegawai serta kakitangan kerajaan Negeri.Saya halakan peluru kali ini
kerana mereka ini adalah penggerak kepada pelaksanaan dasar yang telah ditetapkan
diperingkat pentadbir atasan.(exco).Walaupun sekamil mana perancangan yang di rangka
sekiranya kepincangan berlaku diperingkat pelaksanaan maka semuanya akan hancur musnah.
Kita tidak menafikan bahawa Kita hanya merancang,Allah yang menentukan.Namum
itu adalah sandaran terakhir selepas usaha gigih dilaksanakan.Saya akan kecilkan lagi juzuk
fokusan saya ini kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu(JHEAT) .
 

Pegawai JHEAT lawan Kerajan negeri.

    Tidak boleh dilupakan sejarah sebelum 29N0v 1999 bahawa kakitangan JHEAT adalah satu eset penting kepada Umno
didalam menghala kan peluru hidup kepada PAS.Peristiwa Masjid Kg Laut,Marang seawal kemenangan Parlimen Marang
tahun 1990 oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang cukup mengharukan untuk dikenang kembali.Beliau ketika itu
cuba untuk meneruskan usaha dakwah dimasjid tersebut dengan menyusun jadual kuliah pada setiap malam rabu.Malam
rabu ketika itu tiada sebarang program yang ditetapkan.Namum atas dasar niat jahat serta dendam kesumat maka pada
malam yang pertama jadual kuliah Tuan Guru,JHEAT telah menyusun satu program baru serta menghantar seorang "ustaz"
untuk menyampaikan kuliah pada malam yang sama.Namum oleh kerana semangat juang ahli PAS yang kuat maka usaha
JHEAT itu telah dapat dipatahkan dengan sedikit insiden yang tak perlu diungkitkan lagi.Itu hanyalah satu contoh yang cuba saya imbaskan,saya mempunyai beratus-beratus contoh yang sempat saya catatkan sepanjang mengikuti gelagat pegawai JHEAT ketika itu.
     Kini,selepas mengambil alih pemerintahan dan YAB Tuan Guru telah dilantik sebagai MB,kerenah pegawai JHEAT
masih juga tidak berubah.Hatta dari pegawai tinggi hinggalah kepada iman bilal di kampung-kampung.Saya tidak untuk
menyangka buruk kepada semua ,tetapi sebahagian besarnya adalah demikian.Peristiwa mencetak semula fatwa mufti
tentang Masjid Cendering adalah satu contoh usaha untuk menimbulkan ketegangan .Fatwa ini telah dicetak pada tahun 1986,1987 dan terakhir  pada Julai 2000 merupakan suatu yang pelik,kenapa hampir 13 tahun baru ianya diulang cetak.
Angkara siapakah ini.Tidak mungkin para Exco kerajaan Terengganu tidak tahu,kerana orang biasa seperti saya pun tahu.
    Selepas itu peristiwa kekalutan perlantikkan Ajk masjid baru-baru ini menjelaskan ular-ular yang belingkar didalam semak.
Selama ini hanya bayang bayang sahaja ,sehingga kan ular yang berlingkar itu disangkakan akar atau rotan .Namum selepas
peritiwa tersebut jelas disitu rupanya tersimpan pelbagai spesis ular yang berbisa dan tak berbisa.Ular ular ini dapat dikenali
satu persatu hatta boleh disenaraikan dari Besut sampai Kemaman.Mana mungkin Exco tidak tahu ,kerana orang biasa macam sayapun ada senarai tersebut.Air yang tenang jangan disangka tiada buaya,ular yang bisa jangan disangka tak dapat dilemahkan,laut yang bergelora belum tentu dapat mengubah pantai.Diam kerajaan bukan berti lemah,tunduk kerajaan bukan bermakna beerti tiada kuasa.Diam kerajaan kerana Taqwa,tunduk kerajaan kerana Tawaduq.Sebenarnya setahun ini adalah
sekadar untuk membuka ruang untuk berubah,"Acu Ubah Sekali"rakyat telah berubah,namum mereka-mereka ini masih ditangkuk lama.Ingatlah kerajaan ini pernah memberi katadua kepada bekas SUK sehinggakan beliau mengambil jalan selamat :Dari tidak memberi siqqah kerajaan,lebih baik berhenti membawa haluan.Itulah langkah bijak Dato, Che Mat Jusoh.
Ingatlah kamu semua bahawa kesabaran ini ada batasnya,peluang ini hanya sekali,rebutlah,insaflah,sedarlah,berubahlah,
Sepatutnya mereka mereka ini adalah sebagai nadi dalam menggerakkan perancangan kerajaan untuk mewujudkan satu
suasana yang harmoni berlandaskan Islam.
Tari mana yang hendak di gayakan,gendang mana yang hendak dilagukan...silakan,.....keris sudah terhunus hanya menunggu
saat dan ketika.
 

Sekian Terima Kasih.