Ekoran kenyataan akhbar Berita Harian bertarikh 24 April 2000
berkenaan "Pas tidak tepat janji-Hanya bersetuju bayar gaji 60 hari
cuti bersalin",berikut adalah penjelasan berkenaan pekeliling Pejabat
Setiausaha Kerajaan Bil 8 Tahun 2000.
 

1.    Kemudahan Cuti bersalin 90 hari merupakan satu kemudahan
       yang menepati dengan  segala peraturan-peraturan berkaitan
       dengan kemudahan cuti bagi penjawat  awam   sebagaimana
       Perintah Am bab C iaitu Perintah Am 25 Bab C-cuti bersalin,
       Perintah Am 26(a),(b),(c)-Cuti bersalin 5 kali,Cuti Menjaga
       Anak, dan Cuti Isteri Bersalin.

2.    Kerajaan Negeri  Terengganu sekarang masih menerimapakai
       kesemuaperaturan yang   ada berkaitan   dengan cuti bersalin
       dan juga cuti isteri bersalin   sebagaimana   pindaan kepada
       peraturan tersebut sepertimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2
       Tahun 1998.

3.    Bagi melaksanakan kemudahan ini,pegawai/guru wanita diberi
       opsyen tambahan          30 hari cuti bersalin      dimana cuti ini
       direkod    sebagai    cuti     menjaga         anak(cuti tanpa gaji)
       Kerajaan Negeri telah bersetuju membayar gaji penuh 30 hari
       tambahan cuti pegawai/guru wanita tersebut dan bayaran
       tersebut dikira sebagai Elaun Khas Bersalin.

4.    Didalam keadaan sebenar,pegawai/guru wanita yang menerima
       opsyen ini akan menerima pendapatan 90 hari bergaji penuh.

5.    Bagi Cuti bersalin,seseorang pegawai lelaki secara automatik
       akan diberi Cuti Tanpa Rekod selama 3 hari untuk membantu isteri
       bersalin sebagaimana Perintah Am 26(c).Kerajaan negeri bersetuju
       memberi opsyen tambahan 4 hari cuti menjadikan 7 hari dimana
       Elaun Khas Isteri Bersalin  akan dibayar pada hari-hari didalam
       tempoh opsyen tambahan 4 hari tersebut yang diambil daripada
       cuti rehat yang yang berkelayakan atau cuti tanpa gaji sekiranya cuti rehat
       tidak berbaki.

6.    Kemudahan cuti ini secara opsyen kerana ianya melibatkan perkiraan pencen
       sebagaimana perkara 98,Perlembagaan      Persekutuan dimana ianya adalah
       dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
 
 
 
 

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN,
TERENGGANU.
WISMA DARUL IMAN
20503 KUALA TERENGGANU

24 HB APRIL 2000