Make your own free website on Tripod.com
 
TERENGGANU MENJADI TUMPUAN
 

Sehubungan dengan program ceramah Perdana yang
dianjurkan oleh urusetia Penerangan kerajaan Terengganu
pada 21hb jan 2000, dijangkakan lebih 100,000 orang akan
membanjiri stadium sultan Ismail Nasaruddin Shah.
 Oleh itu kepada mereka yang bercadang untuk bersama-
sama didalam majlis tersebut adalah dinasihatkan supaya
datang lebih awal untuk mengelakkan berlakunya kesesakan jalanraya.
Adalah diberitakan bahawa tidak kurang juga pelawat dari
luar Terengganu akan bersama-sama majlis tersebut.
Pelawat dari luar yang telah membuat pengesahan
akan turut bersama-sama majlis tersebut dan akan tiba pagi hari jumaat
setakat berita ini ditulis adalah melebihi 1000 orang.
Mereka ini akan mengikuti kuliah pagi jumaat oleh
YAB Tuan Guru Menteri Besar di masjid Rusila.
Selepas itu pada sebelah petangya pula mereka ini
akan ditaklimat oleh YAB di komplek kediaman Rasmi
SRI IMAN.Mereka ini diberitakan selepas itu akan terus bersiap
menuju  ke Stadium.
    Selain dari Tetamu Khas dari luar Terengganu seramai 140 orang,
Majlis ini juga akan menerima kehadiran tetamu khas iaitu Mufti
negara Australia.Ketika berita ini ditulis dikhabarkan bahawa beliau telah
berada di bumi Darul Iman.Beliau tiba pada pagi tadi (11.00 pagi 19/1/2000).
Sementara itu   Yb Ustaz Ismail bin Kamus akan tiba pada pukul
8.15 pagi 20/1/2000 bersama dengan 7 orang pelabur yang akan membuat
pertemuan khas dengan wakil kerajaan terengganu.Sementara itu pada
malam jumaat Ust Ismail Kamus akan menyampaikan kuliah disebuah masjid
di sekitar Bukit Payung.Pada hari Jumaat nya  pula beliau akan
menyampaikan khutbahdimasjid KUSZA Gong badak.
]
Yb Dato' haji Hassan bin Ali pula dijangkakan akan tiba
pada pukul 5.00 petang 20/1/2000.Beliau juga dikhabarkan akan
berkhuitbah disebuah masjid disekitarbandar Kuala Terengganu.

Sementara tetamu khas lain yang berjumlah 140 orang
itu belum lagi mengesahkan
bilamasa mereka akan sampai.Yang Pasti
mereka tetap tiba.tiket kapal terbang untuk Kl
pada 22/1/2000 habis ditempah untuk semua kelas.

Sebelum berangkat ke Stadium ,tetamu ini akan
diraikan didalam majlis makan malamoleh YAB MB.
Mereka ini akan bergerak secara konvoi menuju
ke Stadium dan akan
diawasi serta diiringi oleh Pasukan Polis Trafik.
Sementara itu 2 bidang layarpemancar terus
disediakanoleh Penganjur untuk memastikan
mereka yang tidak dapat memasuki stadium dapat
juga mengikuti majlis tersebut.Layar ini akan ditempatkan
di ruang letak kereta Wisma
Negeri. Oleh itu ruang letak kereta(luar) Wisma tersebut di tutup.
Sementara jalan antara simpang jalan Pejabat menuju
ke Traffict Light jalan Sultan Ismail akan ditutp kepada lalulintas
kecuali kenderaan khas.Ini bermakna pengunjung
dinasihatkan jangan sesekali melintasi depan Wisma Darul Iman.

   Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis ini
,sukacita dimaklumkanbahawa Krew laman Web MimbarRusila
sedang bekerja keras untuk memastikanmajlis tersebut dapat diikuti
secara langsung melalui laman tersebut.
Doakan lah semoga usaha ini
mendapat kejayaaan.
 

Penulis Tamu.
19/1/2000