Make your own free website on Tripod.com
CETUSAN RASA BUAT USTAZ FADZIL NOOR !!

   "ORANG MUKMIN TIDAK AKAN DIPATUK DUA KALI PADA SATU LUBANG !!"
 
 

        Yang Dihormati,
        Al Fadhil Ustaz Fadzil Mohd Noor,
        Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Markaz Tarbiyyah PAS Pusat,
        Taman Melewar,
        Kuala Lumpur.

        Assalamu?alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

        Ustaz,

        Terlebih dahulu saya mohon berbanyak maaf kerana terpaksa menulis surat
        ini ke pangkuan Ustaz secara terbuka memandangkan isu yang berbangkit
        adalah secara terbuka juga. Juga tujuan saya menulis secara terbuka ini
        supaya ianya dinilai oleh jutaan rakyat dan ahli-ahli parti daripada kalangan
        Barisan Alternatif khasnya. Lagipun rasanya tidak salah jika saya memilih
        cara terbuka begini kerana, kalau tidak silap ingatan saya, Amirul Mukminin
        Sayyidina Umar Al Khattab pun pernah ditegur secara terbuka oleh rakyat
        Baginda ketika di awal perlantikannya sebagai Khalifah al Rasyidin,
        sepertimana yang disebut dalam suatu ungkapan yang masyhur kita baca,
        (berkata seorang lelaki) "Jika engkau bengkok, aku akan luruskan engkau
        dengan mata pedang aku ini" , lalu dijawab oleh Umar, "Alhamdullillah,
        kerana ada orang yang sudi memperbetulkan Umar dengan mata
        pedangnya".

        Jadi, berdasarkan ini saya mengambil kesempatan untuk menulis di ruang
        terbuka siber ini bagi memperingatkan Ustaz akan musibah dan bencana
        yang besar bakal menimpa Jamaah kita sekiranya Ustaz masih terpukau
        dengan slogan 'Perpaduan Melayu' yang ditiupkan oleh Umno dan
        pemimpinnya dewasa ini. Slogan perpaduan Melayu yang ditiupkan oleh
        Mahathir dan Umnonya itu merupakan jerat dan perangkap beracun yang
        amat merbahaya sekali kepada keutuhan perjuangan kita yang semakin
        mendapat tempat di hati rakyat berbilang kaum di negara ini.

        Ustaz,

        Pada 1 Januari lalu saya telah memberikan amaran betapa Mahathir yang
        sedang kelemasan akibat asakan bertubi-tubi oleh rakyat kini terpaksa
        mencari dan merekacipta pelbagai helah dan tipudaya untuk
        menyelamatkan dirinya. Setelah segala helah dan tipudayanya itu berjaya
        dikesan dan dipatahkan oleh rakyat, beliau akhirnya 'akur dan tunduk'
        dengan kehendak majoriti rakyat iaitu kembali kepada 'perdamaian' dengan
        menawarkan ?gencatan senjata? kepada Barisan Alternatif. Tujuannya cuma
        satu, iaitu menyelamatkan karier politiknya yang sedang menuju
        penghujungnya itu.

        Apa yang cuba ditiupkan oleh Mahathir melalui slogan perpaduan itu
        bukannya untuk menyelamatkan bangsa Melayu tetapi untuk
        menyelamatkan diri dan para kroninya yang jika beliau ditumbangkan dalam
        keadaan beliau amat lemah, sudah pasti segala-galanya akan hancur
        berkecai. Beliau mahu mewujudkan satu keadaan stabil dimana jika beliau
        jatuh atau berundurpun, desakan dan asakan rakyat terhadap hukuman
        dosa-dosa beliau akan dapat dineutralkan untuk membolehkan beliau
        berada pada kedudukan yang lebih selesa kesan pengaruh perpaduan yang
        telah dicapai dengan PAS sebelum itu.

        Ustaz,

        Adalah amat membimbangkan bagi para pengikut Barisan Alternatif yang
        kini telah menjadi kuasa dominan politik negara apabila Ustaz telah
        menyatakan kesediaan untuk berjumpa dengan Mahathir dan partinya.
        Walau atas apa tujuan dan niat sekalipun, ianya sekali-kali tidak dapat
        meredakan keresahan dan kerisauan para penyokong dan rakyat amnya.
        Dalam keadaan Barisan Alternatif mempunyai kuasa tawar menawar yang
        tinggi dan berada pada kedudukan yang kukuh dan padu, sebarang langkah
        dan tindakan untuk berunding dengan 'musuh' adalah suatu kesilapan
        strategi. Apatah lagi musuh yang ingin diajak berbincang itu merupakan
        pembelit dan penipu yang maha buruk.

        Sepatutnya dalam keadaan kita (BA) telah berada di kedudukan
        mendominasi BN, soal berunding atau berbincang semata-mata untuk
        'memanjangkan hayat' parti dan pemimpin puaka seperti Mahathir itu tidak
        timbul sama sekali . Amat menarik jika kita menoleh ke zaman Nabi Musa
        a.s. dahulu bilamana beliau kelemasan ditelan Laut Merah, adakah Nabi
        Musa a.s. bersimpati dan mahu menolong Firaun lagi? Walhal sebelum itu,
        ketika masih dipuncak kuasa, ketika masih dibaluti kekuasaan yang maha
        hebat dan begitu gagah, Firaun lah manusia paling angkuh dan bongkak dari
        tunduk kepada seruan kebenaran dan wahyu Ilahi yang dibawa oleh Nabi
        Musa a.s. Kenapa setelah tersepit dan hampir maut maka baru mahu
        mengaku tunduk kepada seruan kebenaran?

        Ustaz,

        Salah satu agenda mega yang maha busuk yang cuba diambil kesempatan
        oleh Mahathir daripada isu perpaduan yang ditimbulkannya ialah untuk
        menanamkan bibit keraguan, kerisauan, kebimbangan dan lemah semangat
        serta moral di kalangan para pengikut dan penyokong PAS khasnya dan
        rakyat amnya terhadap pucuk pimpinan serta sesama ahli. Akan muncul
        nanti dua kelompok yang saling bertentangan iaitu satu yang pro perpaduan
        dan satu lagi yang anti totok kepada UMNO dan Mahathir. Apabila wujudnya
        pertentangan dua kelompok dalam parti maka akan lemahlah parti dan akan
        terbantutlah kekuatan jamaah dan perjuangan. Inilah niat tersirat yang
        sebenar yang dikehendaki oleh Mahathir kerana sebarang kekuatan dan
        perpaduan jitu pembangkang akan menjadi mimpi ngeri buatnya manakala
        apa jua bibit perselisihan dan perpecahan adalah keseronokan yang
        sentiasa didambakan sepanjang masa. Barang harus diingat bahawa
        strategi 'divide and rule' yang digariskan oleh Mahathir bukan sahaja
        melibatkan soal-soal fizikal yang ketara tetapi permainan psikologi di
        kalangan sesama penyokong parti pembangkang juga merupakan salah satu
        teknik yang bakal mengundang bencana kepada parti dan jamaah kita.
        Penyemaian benih-benih keraguan dan rasa tidak percayakan pucuk
        pimpinan yang kelihatan seperti mahu 'menyeleweng' dari landasan asal
        yang menjadi tonggak kekuatan perjuangan merupakan antara 'berlian' yang
        amat dinanti-nanti dan diharapkan oleh Mahathir, yang merupakan seorang
        pakar strategis politik terulung di dunia hari ini. Samada suka atau benci,
        kita harus mengakui hakikat ini.

        Ustaz,

        Saya ingin mengingatkan Ustaz dan barisan kepimpinan PAS akan amaran
        Nabi s.a.w. dalam hadis yang masyhur, 'Tidak akan dipatuk seseorang
        mukmin itu dua kali pada satu lubang'. Saya berharap Ustaz tidak akan
        mengulangi kesilapan yang pernah dibuat oleh Datuk Asri Muda dahulu
        dalam membawa jamaah ke jurang kemusnahan. Cukuplah sudah segala
        keperitan yang terpaksa ditelan dan ditanggung ketika PAS
        'berkesedudukan' dengan UMNO/BN dalam tahun 70an dahulu. Cuba Ustaz
        fikirkan, apa dan kenapa serta mengapa tiba-tiba Mahathir menawarkan
        program perpaduan ini. Kalau hari tak mahu hujan, kenapa petir dan guruh
        berdentum dentam? Kalau langit tidak berawan masakan hujan akan
        menyiram? Lagipun, untuk apa PAS harus menerima tawaran UMNo itu
        walhal sekarang ini PAS dan BA berada di kedudukan cukup kukuh dan stabil
        di pandangan mata rakyat dan cuma mahu menunggu masa sahaja (2004)
        untuk membuat perhitungan terakhir? Apa yang sebenarnya ingin PAS
        perolehi? Apa yang sebenarnya ingin PAS sampaikan ? Apa yang sebenarnya
        ingin PAS tonjolkan ?

        Ustaz,

        Harus diingat bahawa kedudukan dan kekuatan yang PAS perolehi sekarang
        ini adalah hasil dari kebencian mutlak rakyat kepada Mahathir terutama
        dalam kes Datuk Seri Anwar. Cara Mahathir melayan Anwar terlebih kejam
        dan zalim daripada Slobodan Milosevic melayan rakyat Bosnia, kalaupun
        tidak menyamainya pun. Dalam keadaan Anwar masih menderita dan
        sengsara kerana pengorbanannya membela rakyat, tiba-tiba PAS
        terhegeh-hegeh mahu menghulurkan salam kepada tangan Mahathir yang
        teramat kotor itu hanya semata-mata mahukan publisiti kah? Masih tidak
        cukup lagikah tangan-tangan 'sahabat' dalam Barisan Alternatif untuk Ustaz
        hulurkan tangan dan menggenggam erat padanya? Apa agenda Pas yang
        ingin Ustaz bawakan dalam mesej yang mahu dibuat oleh Umno itu? Tidak
        bolehkah ianya dijelaskan secara lurus dan telus kepada rakyat dan ahli-ahli
        parti sebelum menyatakan persetujuan? Tidak bolehkah diminta satu
        persetujuan ahli (dengan memanggil satu muktamar khas misalnya)
        sebelum menyatakan kesanggupan? Adakah persetujuan PAS itu suatu
        persetujuan kolektif atau cuma persetujuan pucuk pimpinan tertentu
        sahaja? Sudah lapar sangatkah PAS maka barang apa yang ingin disuapkan
        oleh UMNo harus dikunyah dan ditelan? Kenapa dalam soal sepenting ini
        pandangan dan kebimbangan ahli parti mahu dikesampingkan ? Tidakkah
        Ustaz sedar bahawa kekuatan PAS adalah kerana sokongan padu ahli dan
        rakyat, maka untuk membuat keputusan yang melibatkan soal maruah dan
        kewibawaan parti sebegini langsung tidak diambilkira sensitiviti mereka ?
 
 
 

        Ustaz,

        Saya bukannya mahu berlaku biadap dan kurang adab dengan pucuk
        pimpinan, tetapi saya harap Ustaz dapat berlapang dada dan berjiwa besar
        sepertimana contoh yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Al Khattab yang
        saya contohkan di awal surat ini tadi. Saya cuma ingin melahirkan rasa
        bimbang dan gelisah yang bukan kepalang dengan tindakan Ustaz yang
        bersetuju menghulurkan tangan kepada UMNO tersebut. Rasanya saya tidak
        berseorangan dalam berkongsi keresahan ini kerana masa depan dan
        kekuatan PAS akan ditentukan oleh halatuju yang akan Ustaz bawakan.
        Ingin saya ingatkan bahawa Mahathir sama sekali tidak layak untuk
        menghulurkan agenda perpaduan dalam keadaan tangannya yang masih
        teramat kotor itu. Sudah lupakah Ustaz dengan Memali? Sudah lupakah
        Ustaz dengan Lubuk Merbau? Sudah lupakah Ustaz dengan mata lebam
        Anwar Ibrahim? Sudah lupakah Ustaz dengan royalti minyak? Akan
        sia-siakah penyokong dan rakyat yang dibelasah dan disumbat ke dalam
        lokap semenjak lebih dua tahun yang lepas semata-mata kerana berhimpun
        untuk mendesak Mahathir berundur itu? Akan semudah itukah Ustaz mahu
        menggadaikan segala kesakitan dan pengorbanan mereka dengan hanya
        menghulurkan tangan perpaduan dengan Mahathir? Akan semudah itukah
        Ustaz melupakan penderitaan dan keperitan yang begitu sengsara yang
        ditanggung oleh Anwar semenjak lebih dua tahun yang lalu? Dibelasah
        separuh mati, diracun dengan arsenik dan dibiarkan kesakitan tulang
        belakang tanpa rawatan yang sewajarnya? Tangan siapakah yang
        melakukan semua ini kalau bukan si Mamak Tongkang durjana itu? Dan
        dengan mudah pula Ustaz mahu menghulur tangan kepada 'syaitan' yang
        berkuasa di Putrajaya itu ? Adakah ini sahaja 'nilai' yang Ustaz letakkan
        kepada Sdr Anwar yang telah berkorban sebegitu besar itu? Atau sudah
        lupakah Ustaz bahawa tanpa Anwar, tidak mungkin PAS akan beroleh
        kekuatan sedemikian rupa pada hari ini sehingga dapat menguasai
        sebahagian besar sokongan orang-orang Melayu . Semudah itukah Ustaz
        mahu melupakan isu pokok ini? 'Mulia' sangatkah tangan si Mamak
        Tongkang keturunan bangsat tak sedar diri itu sehingga Ustaz sanggup
        melukakan hati dan semangat tinggi yang ada pada para penyokong PAS di
        seluruh negara kini?

        Ustaz,

        Sekali lagi saya mohon jutaan maaf andainya surat ini agak kasar
        penyampaiannya, tetapi niat saya hanyalah kerana ingin menyelamatkan
        parti dan rakyat daripada perangkap manusia celaka bernama Mahathir itu.
        Jika Sayyidina Umar bersedia menerima teguran yang keras dan kasar
        daripada rakyatnya, masakan tidak pada Ustaz ? Kadang ucapan yang keras
        dan kasar adalah perlu untuk membangkitkan kita dari lamunan panjang
        dan mimpi yang indah serta muluk-muluk. Bukan niat saya untuk 'derhaka'
        kepada pucuk pimpinan tetapi sekadar mengingatkan bahawa 'Orang
        mukmin tidak seharusnya dipatuk dua kali pada satu lubang'. Jika Ustaz
        cuba melencong dari kehendak majoriti rakyat, Ustaz akan dipinggirkan dari
        barisan kepimpinan akan datang. Sebagai 'orang bawah' menjadi kewajipan
        saya untuk menegur dan memperbetulkan kesilapan 'orang atas' sebelum
        terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum cempedak menjadi
        nangka. Ini PAS, bukan UMNO, yang melihat Presidennya seperti 'maksum'
        yang langsung tidak melakukan sebarang kesilapan dan tidak boleh ditegur
        dan diperbetulkan !!

        Dan akhirnya ingin saya tegaskan bahawa TIDAK ADA APA-APA KEPERLUAN
        UNTUK PAS MENYAHUT SERUAN PERPADUAN YANG DIBAWA OLEH SI MAMAK
        TONGKANG ITU. Lainlah jika PAS begitu bersimpati dengan nasib Mahathir
        yang semakin hampir nak tumbang itu, maka persilakanlah menyahut
        seruan tersebut !! Harus disedari bahawa PAS akan terus dihormati dan
        didokongi oleh rakyat selagi ia berpegang teguh dengan prinsipnya !

        Salam kemaafan dari,

        Cucu Datuk Bahaman
        16 Januari 2001