Make your own free website on Tripod.com

ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU







Terengganu sedia anjur sukan rekreasi

SETIU, 20 Nov (Hrkh)-Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa mengalu-alukan mana-mana penganjur yang ingin bekerjasama untuk menganjurkan kejohanan berasaskan sukan dan rekreasi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Wan Hassan Mohd Ramli berkata dengan adanya kejohanan seperti itu akan dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini dari segi konsep pelancungan berasaskan sukan.Beliau berkata demikian ketika menutup Kejuaraan BP-Vistra-Livita Motocross Cubcross Malaysia 2000 di Litar Motocross Bintang, di sini, Sabtu lepas.

Bagi pihak kerajaan negeri, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penaja dan penganjur kerana komitmen dan kesungguhan dalam menganjurkan kejuaraan bertaraf antarabangsa dan kebangsaan itu.
"Kejuaraan ini diharapkan dapat membuka minda para remaja di negeri ini khasnya bahawa minat berlumba motosikal masih boleh diteruskan melalui landasan yang betul dan selamat," katanya.
Menurutnya, gelaran juara yang diiktiraf hanyalah lahir daripada perlumbaan yang diiktiraf mengikut peraturan dan undang-undang.
Justeru itu, tambahnya, sebarang perlumbaan di jalan raya tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan hanya akan mengundang masalah bukannya dapat membuktikan kejaguhan seseorang.
"Kepada penunggang motosikal yang berminat dengan aktiviti perlumbaan, sertailah perlumbaan yang diiktiraf kerana perlumbaan motocross adalah sukan yang sihat dan selamat sekiranya dipelajari dengan disiplin dan semangat yang kuat," katanya.