Make your own free website on Tripod.com
Gembiranya Seorang Sultan

Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Baginda Sultan Terengganu memang dikenali
rakyat sebagi seorang raja yang gemar mempelajari agama.  Telah menjadi
perbualan sekian rakyat jelata bahawa Tuanku Sultan Mizan gemar membaca Al
Qur’an dan tekun mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya.

Banyak juga diperbualkan oleh sekian kakitangan kerajaan bahawa apabila
sesuatu majlis yang dihadiri sendiri oleh Tuanku, majlis tidak menyediakan
jamuan kerana Tuanku dikatakan berpuasa.  Memang Tuanku diberitakan gemar
berpuasa.

Di akhir-akhir pentadbiran Wan Mokhtar sebagai MB, beliau dikatakan mengalami
sedikit kesukaran dengan Baginda Tuanku.  Antaranya ialah pemilihan SUK yang
sebelum ini.  Baginda Tuanku memang sudah tidak memperkenan dari awal lagi.
Malah kerap kali senarai penganugerahan pingat dan kebesaran tidak
dipersetujui oleh Baginda Tuanku.  Baginda kerap mempersoalkan kredibiliti
bakal penerima pingat yang dicadangkan oleh Wan Mokhtar.

Dengan kemenangan parti PAS dan pemerintahan yang menjuruskan prinsip Islam,
Baginda diberitakan amat gembira. Semasa mesyuarat pemilihan MB di kalangan
pimpinan PAS negeri, berlaku suasana yang tidak pernah berlaku di kalangan
pimpinan BN/UMNO.  TG Ustaz Hadi, Dr. Harun Taib dan beberapa lagi pimpinan
dikatakan sama-sama menolak dari dicalonkan sebagai MB.  Pelbagai alasan
diberikan oleh mereka.  Setelah keputusan tidak dapat dicapai, maka Baginda
Tuanku diberitakan meminta TG Ustaz Hadi menjadi MB.

Kegembiraan Baginda Tuanku tergambar ketika upacara mengadap Baginda Tuanku
dilakukan semasa penyerahan watikah baru-naru ini.  Lihatlah dari rakaman
gambar yang telah disiarkan di dalam TV.

Baginda Tuanku ketika memasuki balai majlis didapati menunduk kepala sedikit
(sebagai tanda hormat) kepada Us. Hadi walaupun Baginda Tuanku sebagai seorang
Raja yang memerintah negerinya.  Memang perwatakannya yang merendahdiri tidak
dapat disembunyikan Baginda.

(gambar 1)

Selepas bersalam, Us. Hadi terus memeluk serta mencium pipi kanan Baginda
Tuanku.  Belum pernah seorang rakyat memeluk seorang Raja untuk bersalaman.

(Gambar 2)


 
 

(Gambar 3)

Terpancar di wajah Baginda Sultan kegembiraan dengan terukirnya senyuman.

Ini merupakan suatu permulaan restu dan kerjasama yang erat bakal dilalui oleh
Kerajaan PAS dengan Istana.

Sepanjang Ramadhan ini, Baginda seperti setiap tahun melakukan solat Taraweeh
setiap malam bersama rakyat.

WalLahu ‘Alam.

Abdul Aziz Shukri
Subang Jaya