SERATUS HARI PAS MEMERINTAH TERENGGANU
       Assalamualaikum wbt 

     Alhamdulillah...Syukur atas kurniaan Ilahi, kerajaan Pas yang menang p/raya
     ke-10 baru-baru ni telah memerintah Terengganu selama genap 100 hari baru2
     ni. 

     Sempena 100 hari itu juga, media arus perdana terus-terusan mengutuk
     Kerajaan Terengganu. Tajuk rencana di Berita Hairan:"100 Hari Pas
     Terengganu Tanpa Pembaharuan" dan "Media Barat beria-ia puji Kerajaan
     Pas Terengganu" (dalam hati saya menyindir:"Media Kroni beria-ia kutuk
     Kerajaan Terengganu"...) serta berbagai-bagai lagi tohmahan. Sebagai
     seorang anak Terengganu di perantauan, saya meluat membaca berita-berita
     tersebut. Mungkin sebab itulah saya dan rakan-rakan yang lain lebih gemarkan
     Harakah...lebih tepat lagi "ketagih Harakah". Walaupun diasak hebat, namun
     ternyata pemimpin Pas negeri tidak mudah melatah spt pemimpin UMNO.
     Tahniah Tuan Guru Hj Hadi, Hj Mustafa Ali, Yahya Ali dan lain-lain. 

     Kepada semua rakyat Terengganu, marilah kita bersatu padu di bawah
     pimpinan kita sekarang. Semoga keprihatinan yg ditunjukkan oleh wakil rakyat
     Pas dimanfaatkan sepenuhnya utk menyatakan rasa kurang puas hati, meminta
     bantuan dan sebagainya. Saya sebagai anak Terengganu di perantauan
     berasa ingin selalu pulang ke kampung halaman, merasai sendiri keistimewaan
     'negeriku', negeri kita... 

     Sekian, wassalam. 
     wailalliqa' 
 
 
TERENGGANU DARULIMAN ®