Make your own free website on Tripod.com
 

ROYALTI  :  KAMI BERSAMA TOK GURU
 

Surat Untuk YAB Tuan Guru Menteri Besar Terengganu


 


Assalamualaikum!

YAB Tuan Guru,

Saya ingin mendapat perhatian daripada Tuan Guru tentang penjalanan, pengurusan,dan pentadbiran Jabatan Pendidikan Agama Islam Terengganu.

Saya banyak mendapat aduan khususnya daripada rakan-rakan dan orang-orang kampung bahawa perjalanan di Jabatan tersebut masih mengikut cara ala Umno.Sekalipun ada maklumat yang bercerita bahawa ketua Jabatan tersebut telah menubuhkan cawangan Pas berhampiran rumahnya, tetapi perlu diingatkan bahawa golongan seperti AbdulLah bin Salul bin Ubay tidak semestinya tidak wujud lagi di zaman ini. Saya tidak bermaksud menuduh sesiapa tetapi sekadar peringatan untuk Tuan Guru sahaja.

Sebagai contoh,ure-ure pengambilan semula selepas pencen Ketua Jabatan tersebut. Jika benar, seolah-olah tidak ada orang lain yang tahu mentadbir. Bahkan nama sahaja bertukar kerajaan tetapi dasar bercampur gaul dengan dasar umno.Saya masih ingat ketika dalam kerajaan umno dahulu, bukan main marah pada orang-orang pas. sekarang ni saya lihat bukan main baiknya dengan orang Pas.

Begitu juga pengambilan semula guru-guru pencen yang sudah lama dalam umno. Guru-guru Pas sudahlah mereka teranaya dalam kerajaan umno, dalam Pas macam itu juga.

Contoh lain pula, tentang pemilihan guru-guru, saya dapati tidak seragam dan selaras. Cakap mulut kata diutamakan orang yang belum bekerja terlebih dahulu, tiba-tiba dah bekerja ambil juga.Cakap mulut kata diutamakan salah seorang daripada suami isteri, tiba-tiba kedua-duanya dapat kerja.Cakap mulut kata ambil mereka yang berkelulusan baik, tiba-tiba yang tak baik ambil juga. Cakap mulut kata mengambil kira semua pihak, tiba-tiba di dahulukan anak umno juga. Di manakah letaknya keadilan Islam dan pentadbiran yang berasaskan al-Quran dan al-Hadith.Saya tidak perlu menyebut nama dan siapa, tetapi saya mahukan penyiasatan yang menyeluruh supaya nasi yang ditanak tidak menjadi bubur.

Saya sebagai raktyat biasa terlalu biasa mendengar rintihan rakyat sehinggalah ke hari ini.Ketidakpuasan hati mereka tetap membara sekalipun Pas menerajui pucuk pimpinan.Mereka tidak tahu menahu malaikan mereka mahu melihat pucuk pimpinan hari ini lebih baik daripada sebelumnya.Tetapi sekiranya saki baki Umno masih wujud dan tidak ada tidakan yang rasional diambil, maka darah dan luka terus menjadi-jadi.

Saya tidak bermaksud supaya memecat mereka, tetapi tindakan seperti menyiasat secara menyeluruh perlu diambil.Jika perlu ditukar ke bahagian lain lakukanlah.

Kadang-kadang berlakunya tidak amanah daripada kalangan penyiasat yang bertopengkan amanah tetapi sebenarnya adalah berjiwa perosak dan pengkhianat.Perlu diingatkan kejatuhan Empayar Othmaniyyah disebabkan oleh 'du namaha' atau 'talang dua muka' golongan yahudi yang masuk ke Turki dan pengkhianat di dalam pentadbiran mereka.

Terima kasih kerana membaca rintihan ini.
Saya memohon kemaafan sekiranya surat saya ini mendatangkan rasa tidak senang dikalangan tertentu,kerana hanya cara ini yang mampu saya lakukan.

Sekian, Wassalam.

Faih 23.11.2000
 
 

*Ulasan ,
Kami telah meneliti kandungan surat ini,kami dapati ianya amat relevan untuk siaran,sekali gus ianya ada kaitan dengan tulisan
Spanar2000 dibawah tajuk JHEAT lawan kerajaan???.Atas dasar telus untuk menyatakan yang hak seterusnya menunai janji
kami bahawa laman ini merupakan laman rakyat untuk menyatakan sesuatu selagi ianya relevan serta menyahut seruan
YAB Tuan Guru yang bersedia ditegur.
    Barangsiapa yang baca dan ada hubungan kaitan dengan YAB Tuan Guru @ Exco yang berkaitan,tolong sampaikan secara terus kepada beliau.Kita tidak mahu maklumat serta luahan seperti ini terputus di tengah Jalan.