TUAN GURU HAJI ABDUL HADI YAKIN PAS BOLEH BERTAPAK
DI SARAWAK
 
 

Kuching - Timbalan Presiden PAS YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang,berkata bahawa beliau amat yakin PAS akan mampu memberi saingan sengit kepada BN ,berikutan sambuatn menggalakan dari para pengundi di negeri itu sekarang.
  Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu mengeluarkan kenyataan tersebut memandangkan wujud tanda - tanda yang positif dikalangan pengundi serta penduduk disana.Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh pemberita selepas sahaja
selesai merasmikan ijtima' PAS negeri Sarawak kali ke -3 disebuah hotel di sini.Antara tanda tanda positif tambah beliau ialah mengenai kebimbangan BN di negeri ini dengan kehadiran PAS yang mula mendapat tempat disini.
"Kalau kita tak ada sambutan Kerajaan Sarawak sudah tentu tak bimbang""Beberapa halangan telah dilakukan oleh kerajaan BN untuk mengagalkan ijtima' yang kita lakukan ini"
        Walaupun pelbagai halangan yang dilakukan namum ijtima' tersebut berjaya mengumpul seluruh pemimpin PAS kawasan di negeri Sarawak.PAS Sarawak setakat ini telah berjaya menubuhkan 3 kawasan iaitu,Petra jaya,Beting Maru dan Sadong Jaya.

Gambar : Tuan Guru bersama sama Pesuruhjaya PAS Sarawak serta Hj Mustaffa Long yang merupakan pebentang kertas
kerja di dalam Ijtima' PAS Sarawak sedang menjawab soalan yang di kemukan oleh wartawan sebaik sahaja selesai merasmikan ijtima' tersebut.